Powered By Blogger

Thursday 10 November 2011

Dia kini bergelar suami.

Fuhh macam baca tajuk novel lak title entry kali ni. Okeh entry ini dedicated to the one and only adik kesayangan mama yang dah selamat ke jinjang pelamin baru-baru ni. Tanggal 6-7hb Nov 2011 adalah tarikh keramat yang dipilih untuk menyatukan ikatan hati yang suci merpati dua sejoli ni...ayat pun dah macam ayat dalam novel, cayalah.

Maka kitorang pun terbang pulang ke Terengganu untuk sama-sama meraikan hari bahagia diorang. Balik pun kejap je dan tergesa-gesa sebab cuti tak lama. Bayangkanlah 7hb tu hari kenduri dan malam tu jugak kitorang fly back to KL sebab 8hb dah nak balik KK sebab 9hb dah start keje. Complicated tak ayat tu...kalau tak faham boleh abaikan.

Okehlah okehlah takyah cite lebih-lebih pasal penat ke rushing ke sebab ini cerita bahagia kan :) Silalah cekidaud foto-foto sekitar majlis pernikahan & perkahwinan yang dicilok dari facebook diorang dan cousin mama, kak Maslina.

Pengantin lelaki yang hensem.

Dup dap dup dap nak akad nikah

Pengantin perempuan yang cun.

Menunggu detik bergelar isteri

Famili pengantin yang gojes dan macho belaka.

Bertambah sorang lagi ahli baru dalam famili
Di hari perkahwinan.

Wohh kilat ngat spek penganting (sila baca dalam dialek Trg)
Menunggu pengantin lelaki

Sama cantik sama padan

Suka kan tengok orang kawin pastu terus teringat time kita dulu-dulu, bagi yang dah kawin la. Yang belum kawin lak mesti dah terbayang-bayang nak wat majlis macam gini macam gitu. Kan?


Ya, macam tak percaya dia dah kawin. Dulu masa kecik-kecik dialah teman mama bermain dan ber'gocoh' dan nakalnya ya rabbi. Time gaduh memang dia yang menang sebab mak selalu back up dia. Now he's a man enough to have his own family, but he will always be my naughty and charming little brother. Sebak la pulak :P


Untuk adik mama, Mohd Rozam dan pasangannya Siti Hajar kitorang ucapkan selamat pengantin baru dan selamat melayari bahtera perkahwinan. Semoga jodoh korang berkekalan dunia dan akhirat dan cepat-cepat tambah cucu untuk mak dan abah ;)




3 comments:

  1. selamat pengantin baru buat adik mama... farisfarissa ada bergocoh x...

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru mohd rozam & siti hajar..semuiga berkekalan hingga akhir hayat...amin..

    ReplyDelete
  3. Pnzaliha : selalu gak diorg berdua tu bergocoh..
    Mama : TQVM..

    ReplyDelete