Powered By Blogger

Wednesday 20 April 2011

Tiger Woods In The Making...



Kecik2 lagi dah main golf ke...?

Kata orang nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Manalah tau besar esok2 boleh jadik mcm TiGER wOOds...jadik terer mcm dia, tapi tak ikut perangai dia k.
Lagi satu bila fulusss banyak boleh kasi kat mama dan papa sama....hehe..

Nak cite skit asal-usul penglibatan abang dalam sukan ni...chewah macam real je...

Actually dulu kitrg satu family biasa ikut papa gi training pukul bola golf kat driving range. Tak kira la petang ke...malam ke...biasanya papa akan angkut semua skali ikut dia pegi. Kononnya untuk bagi moral support la.

Bila papa pukul bola tinggi melangit dan jauh bermeter2, kitrg pun "Whoaaa....". Tapi bila papa pukul tak kena atau bola terpelanting kat depan tu je, kitrg buat2 la pusing muka tmpt lain...huahaha.

So dari situ la abang bertemu minatnya.

Satu malam tu, dia request nak main golf.
Kesian sbb dah agak lama tak bawak dia gi pukul bola...so kitrg ikut jela bagi memuaskan kehendak hati dia. Bukan main seronok lagi dia.

Tengok tu, sengih sampai ke telinga dapat main golf.

Kat KK ni, biasa papa bawak gi 2 tempat je...sama ada driving range kat Lintas ataupun kat Kompleks Sukan Likas. Tapi kompleks sukan best skit...tempat dia besar, 2 tingkat lagi. Harga bola nye pun expensive la skit. Sebab abang kategori amatur, kitrg naik ke tingkat atas...kat atas biasa takde orang. Nak pukul tonggang terbalik pun takde sape yang tengok. Cuma risau gak kalau2 abang pukul bola jatuh ke bawah, kena pulak kepala sape2 kat bawah tu. Tapi setakat ni belum terjadi lagi tragedi macam tu.

Swing yang dahsyat.

Nampak bola yang abang pukul ?

Adik bagi semangat kat abang.

Kaum wanita yang bagi support.


Geram tengok abang syok2 main, adik pun teringin nak join sekaki.
Tapi pakai kayu golf mainan jela...jadi la asalkan dapat pukul.

Papa : Dik, pegang kayu golf macam ni tau.

Berjaya jugak adik pukul bola golf.

Walaupun tak dapat merasa main golf kat padang hijau Sutera Harbour ke...Karambunai ke...kira ok la tu dapat main kat driving range...kan bang..?

Target kitrg nanti nak belikan abang set golf untuk budak2...insyaAllah kalau ada rezeki.

Caiyok2...

Friday 15 April 2011

Twinkle Twinkle Little Star

Kenapa Twinkle Twinkle Little Star...?

Ape yang specialnya tentang lagu kanak2 ni...?

Of course ada cite disebaliknya...cite tentang si adik.

Twinkle twinkle little star lagu favourite adik. Sambil nyanyi sambil tangannya menunjuk2 ke langit...tunjuk star la tu konon2nya. Memang kelakar bila dengar dia nyanyi...irama tu ada, nyanyian pun taklah sumbang tapi bahasanye tu yg tak berapa nak paham. Adik paling suka menari...dengar muzik je terus berpusing2, meliuk lentok...mmg ada potensi la kalau nak jadik mcm Stacy AF tu. Kitrg betul2 terhibur dgn keletah dan gelagatnya yg ala2 gediks ni...heheh.

Layan jap video clip adik ni..........



Ha3x...walaupun pelat dan tak paham butirannya tapi still boleh tau dia nyanyi lagu tu.

Kisah adik...

Adik lahir pada 20 Februari 2009 jam 10.20 malam kat Darul Ehsan Medical Center...sama tmpt ngan abang. Dah biasa ngan DEMC, so malas nak tukar hospital lain. Masa lahir berat adik 2.7 kg...kelahirannya cepat 2 minggu dari tarikh due.

Kalau nak tau, petang 20 Februari 2009 tu mama gi check-up mcm biasa dgn Dr Mazita, tup2 terus kena admit kat labor room DEMC..papa pun apa lg kelam kabut la balik umah amik baju mama & baby, nak bgtau keluarga..maklumlah kitorg memang tak prepare apa2 pun masa tu.

Yang adik ni mmg kitrg suspen skit sbb tak pasti jantinanya. Masa checkup doktor kata maybe girl, tp jgn berharap sgt. Tapi hati ni dah berbunga riang sbb mmg teringin nak dpt baby girl pulak. Kelakar bila mama suka benar cium bau pencuci yg cleaner guna kat ofis masa pregnant tu..ha3x.

Bila keluar betul2 girl, mmg happy & excited sgt2.

Baru sehari umurnya. Really miss this moment.

Bila ada baby girl mula laa rambang mata nak beli baju. Cantek2 ooo baju budak pompuan ni..rasa mcm semua pun nak beli. Lagi satu harusla beli yg color2 pink gitu..dari baju, botol susu, beg baby, kalau boleh semua pun wajib beli color tu.

Masuk 2 bulan..masa ni kenduri akikah dan cukur jambul.



Adik masa 4 bulan. Baru meniarap masa ni.

Masuk usia 6 bulan, adik dah ada signature pose....caya lah adik.

Rambut mahal tu...sikat byk kali pun tegak mcm tu jgk.

Ni dah masuk setahun...tembam.

Gambar yg disnap beberapa hari seblm pindah...fuhh dasyat spek.

Masa pindah KK, adik baru masuk 15 bulan. Time tu risau sgt nak hantar dia masuk nursery sbb dia kecik agi..budak2 lain kat situ semua dah lebih 18 bulan. Tapi nasib baik ada abang skali kat situ...kitrg slalu pesan kat abang," kalau ada sesape yg buli adik, abang belasah je budak tu..."hahahah..pesanan yg tah hape2. Tapi abang baik...dia kata "kalau abang pukul budak tu, nanti mama dia marah..." Baguslah abang ni.

Aksi nakal budak yang suka menggeledah barang2 mama.


Walaupun adik nampak sweet dan ala2 manja gitu, tapi garang dia ni...selalu bercekau dengan abang. Kalau tak berebut mainan, berebut nak tengok cartoon depan tv. Yang payahnya dua2 pun taknak mengalah...dua2 pun keras kepala...macam perangai mamanye..huhu.

Bila yang ni tarik rambut yang tu, yang tu pulak gigit tangan yang ni...
Bila yang ni cakar yang tu, yang tu pulak tumbuk yang ni...
Memang brutal la...sampai terjerit2 papa dan mama nak meleraikan dua beradik ni.

Tapi walau camane brutal pun pergaduhan, abang dan adik tetap mengasihi antara satu sama lain. Ada saat di mana abang tolong tepuk2kan adik bila nak tido...ada masa abang pujuk adik bila kena marah sbb nakal...ada ketika abang tolong suapkan adik makan. Terharu sangat bila tengok saat2 macam tu...


Dua beradik penawar hati mama dan papa.

Saksikan wajah2 terbaru adik...

Dah nak masuk 2 tahun masa ni.



Adik yang suka makan cekelat.


Wajah 2 minggu lepas.

Sekarang adik dah 2 tahun lebih...rambut pun dah panjang. Teringin nak wat makeover kat adik...jeng3x. Boleh ka...? Nak ubah imej bukan senang ni. Kalau dah berteriak dan menggelupur kat saloon tu terpaksalah lupakan je hasrat tu. Camanepun u all just wait n see k...



Thursday 7 April 2011

The Biggest Loser - Kids Edition

Tengok tajuk pun dah macam interesting. Sbb entry ni exclusive utk tunjukkan pada semua transformasi abang sebelum & selepas berpindah ke Sabah. Dah janji kan dalam edisi pengenalan dulu.

Saja nak tunjuk gambar ni dulu sbb abang nampak cute sgt masa ni...





Ok back to the story. Nak cite dulu kisah abang serba sedikit. Abang lahir pada 3 Jan 2007, jam 7.30 pagi di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam. Masa mula2 lahir berat 3.0 kg. Mama dan papa mmg dah sedia maklum jantinanya seawal usia kandungan 5 bulan lagi. So mmg preparation tu untuk baby boy la...takdela beli color2 pink ni. Sorry takde gambar abang masa baby yg blh di share kat sini.

Tapi takpe, gambar ni pun kira peringkat baby lagi kan...


Abang di usia 7 bulan. Tgh ligat merangkak ke sana ke mari.

Genap 1 tahun, abang pandai berjalan sudah...

2008 - masa ni holiday kat Melaka.

Masuk 2 tahun, abang dah mula petah bercakap. Berkawan dgn org2 yg dah besar je..

2009 - abang dgn makcik & pakcik2 sepupunya.

Masuk 3 tahun, jeng3x abang mula membesar dan membesar. Actually mama dan papa pun tak sedar masa bila berat badan abang naik mendadak...dah membesar depan mata kan. Tiap kali balik kg kat Marang, Terengganu mesti atuk, mak (panggilan utk nenek) dan kaum kerabat yg lain tegur saiz abang yg luar biasa tu. Kdg2 tertanya2 jgk..."tembam sgt ke anak aku ni...?"

Korang nilaikan sendiri...

Raya 2009 - masa ni abang blm lagi 3 thn.

2010 - birthday abang yg ke-3 thn.

April 2010 - mmg dah tahap overweight dah masa ni.

Kesian abang org slalu cakap dia gemuk. Tapi bukan dia paham pun lagi kan...dia tetap makan dan makan satu hari tah bape kali...dgn menyusu lagi. Susah nak control...nanti tak dikasi makan mcm mendera anak pulak. Tak smpai ati nak suruh dia diet...hi3x.

Kitrg pindah ke KK akhir Mei 2010. Lepas sebulan pindah, berat abang dah mula susut.

Jun 2010 - kat Terminal 2 KKIA. Excited nak balik Klang padahal baru nk masuk sebulan duk KK..homesick giler masa ni.

Dan menyusut lagi lepas tu...

Jul 2010 - perubahan teramat la drastik.

Sep 2010 - Raya di rumah onyang..abang jdk tumpuan time ni.

Jan 2011 - his 4th birthday.

Punyalah ramai yg tergezut dgn perubahan abang. Baru beberapa bulan dah jadik kurus cenggitu. Penat nak menjawab soalan2 sedara mara...nape kurus sgt ni ?? abang tak makan ke kat sana ?? Ada jgk yg tanya ape petuanya..ish3x..ada yg risau kot2 abang sakit ke. 

Rahsianya...??? Ish3x nak tau jugak tu.

Sebenarnya takde apa2 rahsia..cuma masa mula2 kat sini  maybe abang kena kejutan kot..maklumlah kena duk nurseri..semuanya terbatas dan ikut schedule especially waktu makan..mana la abang biasa nak breakfast kul 9pg dan lunch kul 12tghari..kalau tak ikut waktu makan tu jawabnye takde la makan..dulu masa dgn mama wan suka hati abang je nak makan pukul bape dan bape kali sehari pun takpe. Lagi satu slalu sgt kena demam, batuk & selesema. Sian abang kan.

Syukur abang dah kurus sbb dah masuk tadika skrg. Kalau gemuk mcm dulu mesti kena ejek dan buli ngan budak2 lain kan... :) Skrg kalau belek balik foto2 lama abang mesti kitrg senyum dan tergelak sama2. Apepun mama & papa love abang dan harap abang akan membesar sbg johan ! Selit iklan milo jap.

Last but not least, check out gambar terkini abang setakat mggu lepas...

Peace no war.

Haa..!! Abang main golf ???

Wait for the next chapter k.































Sunday 3 April 2011

Sembulan, viva dan kontena

Entry kali ni nak share ttg kawasan kediaman kitrg yg terletak di Sembulan. Sembulan ni takdela besar, dikira dalam kawasan bandaraya KK. Kalau dihitung masa lebih kurang 3 minit je dr pusat bandar..dkt sangat2. Pastu lebih kurang 5 minit kot dari airport AirAsia...airport Mas jauh skit tmbh lagi 5 minit. So bunyi bising enjin dan kelibat kapalterbang melintas atas kepala dah jadi pemandangan biasa.

Gambar sekitar Sembulan yg baru kitrg snap utk tatapan smua ...



Simpang masuk ke Sembulan dari arah pusat bandar KK. Kalau terus pegi ke Tanjung Aru.





Tempat makan di Grace Point...ada mcm2 pilihan makanan kat sini. 

Kawasan rekreasi di Grace Ville.
Masjid Sembulan...besar kan. Time solat jumaat mmg jem giler jalan kt sini.


Mesti ada yg tertanya2 best ke duk sini. Ok la...mmg byk kemudahan & fasiliti yg terdpt kt sini..cewah mcm promote lak. Kedai makan byk..pasaraya pun ada, masjid, sekolah, tadika, taska, tempat rekreasi, kompleks tabung haji..even umah atas air pun ada. Kat area ni majoriti penduduk dia orang melayu kita. Berhadapan dgn kawasan ni adalah Sutera Harbour Resort.

Betul2 terletak di tepi laut. Sape2 yg nak merasa menginap di 5 star hotel blh dtg sini pilih nak tinggal di Pacific Sutera Hotel ataupun Magellan Sutera Resort. Cantekkk....
Untuk kaki golf.



Proses perpindahan ke umah sewa kitrg berjalan lancar...maklumlah tak byk barang. Masa datang ari tu bwk baju dan dokumen2 penting je, baju pun dah dikira ngam2 utk dipakai dlm masa seminggu tu sblm nk dpt yg selebihnya yg kitrg pos dlm kontena. Tapi atas sebab & masalah yg tak dpt dielakkan, brg2 kitrg ter'stuck' kat KK port termasuklah transport mama utk gi keje. Nasib baik ada alternatif transport ehsan dari company...papa la yg jdk mangsa kena antar dan amik anak2 @ taska dan mama @ Kolombong.

Yang bestnya papa la terpaksa recycle baju yg sama gi keje...selang 2 hari pakai balik baju yg sama ha3x. Padan muka papa sbb confident sgt bawak baju keje 3 pasang je..Nasib baik mama bwk byk baju kalau tak malu wooo pompuan asik pakai baju sama. Dekat sebulan lebih gak la baru dpt brg2 dan viva kesayangan mama tu. Masa gi ambik tu cuak gak la kot2 enjinnye tak idup masa nak start...tapi nasib baik semuanye ok.

Kete mama yg comel. Perasan tak adik ada kat dalam..?