Powered By Blogger

Wednesday 29 June 2011

Tinggi - Tinggi Gunung Kinabalu (Part 2).

Walaupun kat Gunung Kinabalu tu diorang dah buat track yang cantik sampai la ke puncak Kinabalu, tapi realitinya the journey is not that easy. Harap2 kalau korang pergi sana nanti dapat la korang bawa balik sijil colour macam papa ye.. Kalau setakat dapat sijil black&white baik korang buat bungkus nasi lemak je la sijil tu. hehehe...papa yang kata tau..

For information, sijil colour ni hanya dikeluarkan kepada pendaki yang betul2 sampai kat puncak Kinabalu atau Low's Peak. Kalau tak sampai situ sendiri mau ingat la ye....

Kalau korang perasan kat mercu tanda hijau tu ada tulis "LOW'S PEAK".


Sijil papa yang sekarang dah diframekan kat ofis dia. Nak berlagak la tu...


Berdasarkan kepada pengalaman papa dan bacaan kitorang di internet, pendakian Gunung Kinabalu ni boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Part 1 (hari pertama) untuk pendakian daripada Timpohon Gate ke Laban Rata dan Part 2 (hari kedua) dari Laban Rata ke Pucak Kinabalu (The Summit/Low's Peak).


Part 1 : Timpohon Gate ke Laban Rata.

Kalau korang betul2 nak mendaki Gunung Kinabalu ni, rasanya lebih elok kalau korang ambil package yang ada sediakan penginapan kat area Kinabalu Park sehari sebelum tarikh mendaki. Bukan apa, petang tu boleh la korang join briefing dari staff Kinabalu Park dan lepas tu korang boleh terus pergi dinner. Jadi malam tu dapat la korang berehat dan tidur dengan secukupnya. Ingat ni...Tidur secukupnya...

Ni suasana dalam bilik briefing kat Kinabalu Park. Ala2 masuk kelas la pulak.

Macam sedap je dinner diorang ni. BBQ lagi..

So, the next day korang punya real challenge akan bermula..Macam susah sangat la pulak. Pagi tu korang kena bangun awal sikit sebelum ayam berkokok untuk mandi, solat subuh dan breakfast. Sarapan tu jangan la sampai nak pecah perut ye. Nanti tak larat pulak korang nak bawak perut yang membuncit tu. Cukup sekadar alas perut je.


Papa macam takut je nak breakfast banyak2. Takut sakit perut tengah jalan katanya..ngeee..

Untuk lunch biasanya diorang akan tapau dan bagi lepas korang habis breakfast. Almaklumlah kat tengah2 jalan antara Timpohon ke Laban Rata tu bukannya ada kedai mamak ke atau kedai makan ke yang korang boleh order/beli makanan. Jadi korang masukkan je la tapau tu dalam beg dan makan la bila terasa lapar.

Lepas breakfast, kalau tak silap dalam pukul 7.00 a.m korang dah kena berkumpul dan ambil permit/name tag korang dari ofis Kinabalu Park. Bila dah dapat name tag tu korang boleh la terus naik van/bas yang disediakan. Perjalanan dengan van/bas ambil masa lebih kurang 15 minit. Dah sampai pun kat Timpohon Gate......


Jangan lupa ambil gambar kenangan di Timpohon Gate tau.


Biasanya pendakian ke Laban Rata akan bermula sekitar jam 8 pagi. Sebelum tu ada la final briefing sikit daripada team Guide yang akan follow korang sepanjang perjalanan nanti. Guide tu akan cerita pasal perjalanan, petua, pantang-larang dan sebagainya. Masa geng papa pegi dulu ada 3 orang Guide yang follow diorang. Sorang ikut kat depan, sorang ikut kat tengah dan sorang lagi ikut kat belakang. Diorang ni dalam setahun entah dah berapa ratus kali diorang naik Kinabalu. Kalau Guide ni pun dapat sijil jugak sure dah penuh satu almari dah sijil diorang..kahkahkah....

Final briefing di Timpohon Gate. Ni salah sorang Guide masa papa pegi sana.

Team papa berlepas dari Timpohon Gate. Mulakan langkah dengan Bismillah.


Cerita pasal pakaian pulak, untuk pendakian hari pertama ni elok kalau korang sekadar pakai baju nipis dengan seluar track yang 3 quarter tu je. Dari Timpohon ke Laban Rata tak lah sejuk sangat pun dan guarantee punya la korang akan banyak berpeluh. Papa dulu cuma pakai jersi bola dan seluar cargo (cargo pants) yang sampai paras lutut tu je. Tapi papa punya seluar ni special sikit sebab ada zip untuk jadikan seluar tu seluar panjang. Tak caya nanti kitorang upload gambar seluar tu bila dah jadi seluar panjang.
 
Dressing papa masa nak mendaki dari Timpohon ke Laban Rata.


Selain pada tu korang kena stand by la rain coat dalam beg korang. Mana tau tengah jalan nanti hujan ke. Cari yang disposable pun ok. Lagi satu, cuba elakkan booking naik Kinabalu masa hujung tahun sebab masa tu kat Sabah ni musim hujan. Jangan ulangi kesilapan team papa dulu. Diorang kena hujan separuh perjalanan masa nak naik dan separuh perjalanan masa nak turun. Padan muka papa, siapa suruh panjat Kinabalu masa musim hujan. kehkehkeh..
.

Posing selepas kena hujan.


Sampai sini dulu la ye...nanti sambung lagi..

Saturday 25 June 2011

Manisnya sepah ini...haaa!!!

Habis sudah Maharaja Lawak.

Kitorang satu famili memang minat ML.
Sanggup subscribe WARNA nak nonton ML live punye pasal.
Well tak mainlah utiub2 ni...hahaha sengal.

Satisfied tak dengan result ML ?

Papa macam tak percaya tu Jozan kalah.
Dulu kalau tanya sape menang ML, opkos la Jozan katanya.
Jozan best bro...best bro.
Bila AC umum Sepah juara, memang papa terkedu.

Mama tak kesah sape menang.
Sepah ke, Jozan ke, Nabil ke...sebab tiga-tiga mama suka.
Diorang masuk final pun mama dah hepi terkinja-kinja.

Penilaian mama :

SEPAH.
Konsisten. Takde satu minggu pun yang kitorang tak ketawa
terbahak2 dengan lawak they all ni.
Layak la diorang jadik champion.

JOZAN.
Peberet. Ada minggu2 yang lawak agak tak kesampaian.
Tapi bila betul2 lawak, pecah perut dibuatnya ooo.
Sape boleh lupa lawak curi duit tabung masjid dan lawak televisyen
 "begitulah awan nanonanonanonanonano"...
Giler ah diorang.

NABIL.
Respek dia.
Bukan senang nak wat orang gelak bila
sorang2 ko je atas stage tu.
Even just standup comedy...i like !!!

JAMBU ?
Kureng sikit la.
Tak bape minat.
I'm sorry...HEHE.

Masing2 ada peberet masing2.
Jangan emo bila peberet korang kalah.
Bukan korang dapat duit pun.
Keluar duit lagi ada sebab perabis kredit antar undi sms.

Ape ape pun,
MAHARAJA LAWAK memang best bro...
this is best bro bak kata Nabil.





Thursday 2 June 2011

Tinggi - Tinggi Gunung Kinabalu (Part 1).

Dalam entri kali ni kitorang nak cerita pengalaman papa masa dia panjat Kinabalu last year. Orang kata bila dah kat Sabah rugi la kalau tak sampai puncak Kinabalu..

Kalau korang nak tahu Gunung Kinabalu adalah puncak tertinggi di Malaysia dan di Pulau Borneo..tingginya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Mula2 korang layan dulu gambar2 puncak Kinabalu ni........

View dari Kinabalu Park. Tak nampak sebab berkabus.


Dari Zen Garden Resort. Clear gak skit.


Dari Timpohon Gate. Lebih clear.

Dari udara.

Pastu korang layan plak lagu ni.."Sayang Kinabalu"




Kalau ada sape2 yang berhajat nak menakluk Kinabalu ni, dinasihatkan agar korang betul2 buat persediaan mental dan fizikal..jangan jadi macam papa lak nanti..

Papa kata serik dah nak panjat Kinabalu sebab aktiviti ni memang terlalu memenatkan. Maklumla papa tu dah la tak fit (obes..hehehe). Persediaan pulak tak banyak..cuma sebulan sebelum mendaki tu ada la papa ke gym. Tu pun setakat lari-lari atas trademill je.

Walau apa2 pun papa dah berjaya sampai ke puncak Kinabalu. Buktinya pada gambar di bawah ni. Congratulation papa dan semua team dia yang berjaya sampai kat sana.


Papa dan gengnya di puncak Kinabalu..Ni bukan gambar super impose tau.

Gambar kenangan sebelum mula pendakian.


Nantikan entri seterusnya Part 2, Part 3, Part 4.......tak tau sampai part berapa. Kitorang akan ceritakan pengalaman papa dan tips2 penting sebagai persediaan untuk menawan Kinabalu...Adios...