Powered By Blogger

Sunday 30 October 2011

Crash Diet: Day 23 - 26 (25-28/10/2011)


Berapa hari dah tak update blog ni. Bizi skit lepas balik dari Kuching. Berat pun tak sempat timbang. Rasanya tak turun banyak minggu terakhir ni. Gara2 terlebih makan seafood. Berlemak, berminyak dan macam2 ber lagi la.

BREAKFAST.
Day 23-25 dapat maintain breakfast makan tembikai dan minum air kopi O kosong. Member2 semua cakap sia2 je duduk kat hotel kalau setakat makan buah masa breakfast. ngee..



Day 26 breakfast dah kat Kota Kinabalu. Join member2 ofis pegi kedai mamak. Rindu pulak kat diorang. 6 hari tak jumpa. Nak gak dengar gosip2 baru kat opis. he3x. Kat kedai minum kopi O kosong je sebab ada bawak bekal jambu batu dari rumah.




LUNCH.
Day 23-25 lunch time naik bilik hotel. Layan TV sambil baring2. Member2 lain semua pegi makan lunch kat cafe hotel. hui sedapnye..

Day 26 lunch atas flight. Mula2 memang ingat taknak makan. Tapi aroma makanan kat atas flight ni lain macam sikit. Last2 tak boleh tahan gak. Ambil menu nasi goreng dengan ayam. Makan ayam je. Minum kopi O kosong.



DINNER.
Day 23 dinner makan seafood kat Top Spot Kuching untuk kali ke 2 berturut2. Ada bos nak belanja la pulak. Layan je la. Tapi tak berani nak makan nasi. Ratah lauk je. 2 hari makan seafood ni tah berapa banyak la kalori dan kolesterol yang dah masuk dalam perut.



Day 24 dinner masih kat Kuching. Ada bos bawak makan kat RJ Ayam Bakar. Order ayam bakar 2 ketul. Makan sampai tinggal tulang. Menu yang best kat sini ayam bakar dan ayam penyet kot.



Day 25 dinner dah kat rumah. Masak ayam bakar. Malas nak susah2. Janji boleh telan.



Day 26 mama ajak dinner luar. Makan kat Retoran Lembah Impian Kota Kinabalu. Order chicken chop dengan kopi O kosong.



EXERCISE.
Day 23 masih buat aerobic ikut VCD “Flat Stomach in 28 days” dalam bilik hotel.

Day 24&25 dapat tukar ke Hotel Grand Margherita Kuching. Yang bestnye kat hotel ni ada Cardio Room. Day 24 exercise dari jam 5.30pm sampai 6.30pm. Satu jam jalan atas treadmill. Day 25 bangun awal sebab nak exercise lagi. Start 6.30am sampai 7.30am. Kalau dikira Day 24&25 ni dah jalan kaki hampir 10km dan bakar lebih 600kalori. Banyak tu...





Day 26 tak exercise. Kaki rasa lenguh2 pulak. Mungkin sebab teruk sangat exercise masa Day 24&25.


DIET PILLS.
Sama je macam selalu:

Day 23-26 : 1 biji ubat tahan lapar (1 hour before breakfast).
Day 23-26 : 3 biji ubat pecah lemak (after breakfast, lunch & dinner).
Day 24&26 : 2 biji ubat cuci perut (after dinner).


Chow chin chow….

Wednesday 26 October 2011

Crash Diet: Day 21&22 (23&24/10/2011)


Masa atas flight Sabtu lepas otak melayang2 asyik fikir nak makan sedap2 je bila sampai Kuching. Kursus kat hotel mesti la ada provide tea break dan lunch kan. Bukan selalu dapat makan buffet free kat hotel ni. Tension punya pasal makan je yang dipikir.

Bila tersedar dari lamunan tetiba terasa nak baca Berita Harian yang pramugari bagi tadi. Selak punya selak sampai je page 31 mata terus terpaku tengok iklan kat page tu. Kalau korang nak tau apa iklan tu korang tengok la sendiri kat bawah ni.



Berita Harian ni macam nak perli la pulak kan. Tau la kita ni gemuk. Boleh dia tulis 2 daripada 5 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti ni pulak katanya dikaitkan dengan penyakit kronik yang mengancam nyawa seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser. Macam nak takutkan orang pulak. 

Tapi bila dipikir2 balik seriau jugak dibuatnya. Obesiti ni boleh mengancam nyawa beb. Takkan nak biar je badan ni gemuk kot. Baik cegah sebelum terlambat. Nampaknya kena diet betul2 la 5 hari kat Kuching ni. Tak jadi la nak belasah makan sedap2.

Kepada sesiapa yang rasa diri tu obes ikut la 7 cara ni untuk capai berat badan unggul :

1) Ketahui Indeks Jisim Tubuh (BMI).
2) Makan ikut keperluan.
3) Makan sayur dan buah pada setiap waktu hidangan utama.
4) Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
5) Tingkatkan tahap aktiviti fizikal - amalkan 10,000 langkah sehari.
6) Percaya kita boleh lakukan.
7) Dapatkan sokongan dari rakan dan keluarga.





BREAKFAST.
Day 21&22 breakfast kat hotel. Orang lain semua makan sedap2. Dulu selagi tak habis rasa semua menu breakfast memang tak sah la kan. Tapi bila diet ni makan buah tembikai dengan minum kopi O kosong je la. 



LUNCH.
Day 21&22 minum air kosong je kat bilik hotel. Bila rehat je orang lain semua bergegas ke CafĂ© untuk lunch. Semua kata masa kursus ni la peluang nak makan buffet kat hotel. Kalau kena bayar sendiri mau nak kena pikir 2,3,4 kali. 


DINNER.
Day 21 makan ayam tandoori. Tapau kat kedai mamak sebelah hotel. Layan makan kat bilik sorang2 sebab nak tengok game MU vs MC. Hampeh betul game malam ni. Performance MU paling buruk abad ini. Kena belasah 6-1 beb.   
   


Day 22 penganjur provide dinner la pulak. Tak pergi bos2 besar semua ada. Ikut je la. Dinner seafood kat Top Spot Kuching. Ratah lauk je la. Ada ikan, udang, sotong, sup, sayur. Semua rasa sikit2. Nasib baik malam ni kena turn makan ubat cuci perut. he3x.



EXERCISE.
Day 21& 22 buat aerobic ikut VCD “Flat Stomach in 28 days”. Terpaksa exercise dalam bilik je sebab Grand Continental Kuching ni takde gym. Lekeh betul la hotel ni.




 

DIET PILLS. 
Sama je macam selalu:
Day 21 & 22 : 1 biji ubat tahan lapar (1 hour before breakfast).
Day 21 & 22 : 3 biji ubat pecah lemak (after breakfast, lunch & dinner).
Day 22 : 2 biji ubat cuci perut (after dinner).

Adios amigos….

Sunday 23 October 2011

Crash Diet: Day 19 & 20 (21&22/10/2011).

Silap2 haribulan minggu ni naik balik berat badan. Mana taknya. 2 hari sebelum ni dah makan sedap2. Day 19 & 20 ni pun sama gak keadaannya. Luar kawalan sikit sebab tension memikir nak outstation tinggal famili sampai 5 hari. Kira makan macam2 ni sebab nak release tension la. he3x. Alasan...

Malam Day 20 dah kena bertolak ke Kuching. Ada kursus dan conference sampai 27/10/2011. Dah la kursus start hari Ahad. Conference pulak kena masa cuti Deepavali. Kesian abang dan adik tak dapat jalan2 dan pergi taman weekend ni dan masa cuti Deepavali. Mesti diorang boring memerap je kat rumah.   


BREAKFAST.
Day 19 breakfast kopi O kosong dengan roti bakar kat kedai mamak. Roti bakar mamak ni pulak punya la banyak dia sapu kaya. Nak tak nak terpaksa la kikis balik kaya tu dari roti. 


Day 20 breakfast kat rumah makan roti bakar dengan air nescafe O kosong je. Macam biasa hari ni kena jaga anak2.



LUNCH.
Day 19 lunch kat Restoran Chef Mansor. Makan mushroom soup dan minum kopi O kosong. Boleh tahan gak mushroom soup kat sini. Dalam roti lagi.



Day 20 lunch kat Restoran Sala Thai pulak. Pusing2 kat tempat lauk tiba2 rasa teringin nak makan ikan keli goreng dengan begedil. Camane la nak kurus kalau memanjang makan je kerjanya.





DINNER.
Day 19 dinner makan ayam goreng. Tah kenapa rasa macam dah lama pulak tak makan ayam goreng. Belasah la yop janji bahagia.



Day 20 dinner atas flight. Terpaksa ambil menu ikan sebab menu ayam dah habis. Ratah ikan je. Minum kopi O. Pastu makan buah tembikai.



EXERCISE.
Day 19 & 20 tak buat apa2 exercise pun. Tak berapa nak ada mood. 



DIET PILLS. 
Day 19 & 20 : 1 biji ubat tahan lapar (1 hour before breakfast).
Day 19 & 20 : 3 biji ubat pecah lemak (after breakfast, lunch & dinner).
Day 20 : 2 biji ubat cuci perut (after dinner).


Blah dulu….

Friday 21 October 2011

Crash Diet: Day 17 & 18 (19&20/10/2011) .


Hancus2x. Rosak gua punya diet kalau ini macam. Hari2 makan sedap meh... 


BREAKFAST.
Day 17 bawa bekal roti bakar dari rumah. Kat kedai mamak cuma minum air kopi O kosong je. Naik ofis makan roti bakar dan ubat pecah lemak.

Day 18 breakfast 2 orang je ngan member ofis. Ahli mesyuarat tingkap yang lain semua tak masuk ofis. Maybe cuti or outstation. Tah apa punya tebiat pagi ni boleh pulak order maggi asam laksa dengan kopi O kosong. Memang hancus betul la. Ni semua mamak tu la punya pasal. Sape suruh dia display maggi tu kat kedai dia.


Buang tebiat pagi2 pekena maggi.


LUNCH.
Day 17 lunch minum air kosong je. Ingat nak memerap kat ofis. Tetiba ada pulak member ajak layan karaoke kat tingkat 2 bangunan ofis kitorang. Ada K-Box baru pulak bukak kat situ. Layan je la 1 jam RM12 je. Dapat la gak mensumbangkan 2, 3 lagu.  

Day 18 lunch kat luar dengan bos. Bos nak belanja makan. Tak order takut bos marah pulak kan. Jadi order je la oxtail asam pedas tanpa nasi. Alaa kalau dalam bahasa pasar ekor lembu masak asam pedas la. Hancus2. Tapi sedap gak asam pedas kat restoran yang bos belanja ni. Makan gitu je sambil teguk mineral water.




Yang peliknya asam pedas ni tak pedas tapi manis.


DINNER.
Day 17 mama ajak dinner kat luar lagi. Kali ni makan kat Restoran Sala Thai. Order pulak ikan putih masak 3 rasa. Minum kopi O. Nah kau. Hancus2. Habis la diet kalau selalu macam ni.  

Ambik kau. Nasib baik tulang ni tak boleh ditelan.

Day 18 dinner control habis sebab dah makan macam2 sejak semalam. Jadi makan buah pear je la. Lepas makan buah terus makan ubat pecah lemak dengan ubat cuci perut. Mudah2an dapat la cuci lemak2 yang dimakan dalam 2 hari ni. Jangan naik balik berat 6 kilo udah le yop.....


EXERCISE.
Day 17 & 18 sambung lagi buat aerobic ikut VCD “Flat Stomach in 28 days”. Rasa best je bila peluh mencurah-curah keluar.


Chow dulu….

Wednesday 19 October 2011

Crash Diet: Day 15 & 16 (17&18/10/2011)


Nampaknya program diet fasa 1 (week 1 & 2) dah selesai. Dah masuk fasa 2 (week 3 & 4) pulak. Rupanya ada gak member2 kat ofis yang dah mula perasan dan kata "eh..you nampak macam dah slim sikit la. baju & seluar pun dah nampak longgar". Dengan rendah dirinya menjawab "mana ada slim. ni pakai baju & seluar saiz besar la". kwang3x. 

Target fasa 2 ni nak turun lagi 9KG. Kena double-up kan usaha. Nak set dalam otak konon2 kalau berjaya turun lagi 9KG ni dapat hadiah duit RM 1 juta...ha3x.. Dalam mimpi je la. Macam angan2 mat jenin.



BREAKFAST.
Untuk fasa 2 ni ada perubahan sikit dari segi pengambilan breakfast. Menu sama je macam fasa 1. Cuma kena gilir2 hari dengan buah2an (tembikai & jambu je boleh). Contoh kalau hari ni makan roti bakar esoknya pulak makan jambu la. Minum tetap kopi O je yang dibenarkan. 


Ubat pulak sama je dengan fasa 1. Ubat tahan lapar telan 1 jam sebelum breakfast. Ubat pecah lemak telan lepas breakfast.

So, Day 15 breakfast kat kedai mamak. Makan tosei dan minum kopi O kosong. 


Day 16 breakfast minum kopi O kosong je. Takde makan sebab semalamnya lupa nak beli buah. Pagi2 ni mana ada kedai jual buah-buahan time breakfast.



LUNCH.
Untuk fasa 2 lunch tetap tak boleh makan apa2. Minum air kosong je la. Cuma ada tambahan ubat pecah lemak. Kiranya sehari kena makan 3 biji ubat pecah lemak. Pagi 1. Tengahari 1. Malam 1. Ubat pecah lemak untuk tengahari ni biasanya telan dalam jam 2pm.


Day 15 & 16 lunch teguk air kosong je.



DINNER.
Untuk dinner pun takde perubahan menu. Ubat pun sama je. Ubat pecah lemak 1 biji selepas dinner. Ubat cuci perut selang sehari (2 biji lepas dinner).

Day 15 masak ayam bakar lagi. Bukan apa. Nak cepat habiskan aluminium foil tu.


Day 16 makan kat kedai. Mama ajak kongsi dengan dia chicken chop. Alamak dah la berminyak. Ada kulit ayam dan mayonnaise pulak tu. Nasib baik makan separuh je. Balik rumah cepat2 telan ubat pecah lemak dan ubat cuci perut. Harap2 dapat la dicuci lemak2 dan minyak2 dari chicken chop tadi tu.



EXERCISE.
Untuk fasa 1 memang doktor tak bagi kita exercise sebenarnya. Exercise cuma mula bila masuk fasa 2. Kira selepas 2 minggu kita diet la. Mungkin masa ni badan kita dah mula serasi dengan diet kita kot. Exercise ni kita kena buat 3 kali/sesi seminggu. 1 sesi dalam 30minit. Doktor syorkan 10minit : warm up, 10minit : stomach & back, 10minit : buttock & thigh. Masa yang sesuai untuk exercise ialah 1 jam sebelum dinner atau 2 jam selepas dinner. Kalau lepas dinner terus exercise mau terkeluar balik makanan yang kita makan masa dinner tu. eee...yuk...

Day 15 & 16 buat senaman aerobic ikut VCD “Flat Stomach in 28 days”. Tak sangka pulak buat aerobic 30minit ni pun dah mencurah-curah peluh keluar. Syok jugak rupanya buat senaman aerobik ni. One Two Three Four..One Two Three Four...kah3x.





Takat ni je….

Tuesday 18 October 2011

Tiba-tiba teringin...



Di satu hari yang indah dan cuaca yang agak panas
sambil jalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu...



Tiba-tiba mama terbayang kelapa puding yang penah dibeli
oleh officemate. Masa tu 1st time mama jumpa dan
makan puding ni. Terliur la pulak bila teringat makanan ni.
Nak gi belilah.

Kat sini tempat yang femes dengan kelapa puding ialah Telipok.
Jarak perjalanan lebih kurang setengah jam dari bandar.
Takdelah jauh sangat. Kalau nak tiap-tiap hari pun boleh pegi.



Dah sampai.
Kat sini ada banyak gerai jual kelapa puding ni. 
Bukan tu aje kalau nak cuba kelapa bakar dan lokan bakar pun ada jugak.
So boleh pilih mana-mana gerai yang berkenan di hati.
Gerai kak piah ada, gerai bb ada, gerai 1 Malaysia pun ada.
Kitorang nak gi gerai nilah...Borneo Coconut.



Sori lah gambar tak berapa nak clear.


Disebabkan anak-anak dah ketiduran dalam keta,
papa jelah yang turun gi beli.
Mama hanya menanti dengan penuh kesabaran
dan keterliuran heheh.

Haaa inilah rupa kelapa puding yang diuar-uarkan tu.
Harganya RM4 saje. Tak mahal kan.

Huhu bersememehnya... *malu *

Puding tu diletakkan dalam kelapa dan tastenya pun macam isi kelapa.
Tu jelah penerangan yang boleh diberikan, janganlah korang
tanya lebih-lebih sebab kitorang ni tau makan je,
nak tolong describe pasal makanan memang fail.

Rasanya pulak lemak manis,sejuk dan nyaman sekali bila memakannya.
Percayalah ianya sedap. Kalau tak, takdelah papa buat macam ni.





Kalau tak suka puding tu dalam kelapa, boleh pilih yang
dijual dalam cawan plastik tu. Kitorang suka yang dalam kelapa
sebab tastenya lebih tulen dan asli gitew.




Punya sedap makan sampai ada puding bersememeh kat tepi kelapa
tu pun tak perasan. Nasib baik bukan kat mulut.

Adik pun suka sangat makan puding ni tapi abang tak layan sangat makanan
macam ni. Dia rasa sekali pastu dah taknak.
 

Aaaaa.......


Ummmmm.....

Btw kat semenanjung ada ke kelapa puding ni ye?
Kitorang memang tak penah jumpa kat sana.


So uols kalau datang sini bolehlah cuba try test kelapa puding Sabah ni ye :)


 



Monday 17 October 2011

Crash Diet: Day 14 (16/10/2011) .


Performance minggu ni agak kurang memberangsangkan. Turun sikit je. Tapi tetap bersemangat sebab overall dah berjaya turunkan 6KG. Baru 2 minggu beb. Perut dah rasa macam kempis sikit. Tali pinggang pun dah turun 1 lubang. Dulu kalau orang tanya berat badan berapa? Jawab 80++ tapi sekarang dah boleh jawab 70++. he3x. 

85KG (3/10/2011)
 
81KG (10/10/2011)
 
79KG (17/10/2011)


Nampak gayanya kena kerja lebih keras for the next 2 weeks . 9KG lagi nak capai target. Harap2 berjaya. Mudah2an dipermudahkan. Amin..


BREAKFAST.
Day 14 : Sebelum keluar ke pasar makan ubat tahan lapar dulu. Biasa la weekend pergi pasar beli stock bahan makanan mentah untuk 1 minggu. Pagi ni beli ikan, udang dan ayam. Balik rumah bakar roti, sapu dengan majerin daisy dan buat air nescafe O kosong. Untuk mama dan anak2 dah belikan kuih dengan nasi lemak kat Restoran Kak Nong. Lepas breakfast telan ubat pecah lemak. 



LUNCH.
Day 14 : Lunch di Restoran Taliban kat area Inanam. Ala2 restoran mamak jugak la. Tokey kedai ni orang Pakistan/Afghanistan kot. Menu special kat sini roti naan dengan ayam tandoori. Tapi disebabkan berdiet terpaksa minum air kopi O kosong je la. Abang makan nasi briyani dengan ayam tandoori. Mama pulak kongsi dengan adik mee goreng mamak. Terliur gak la tengok abang makan ayam tandoori tu. Geram je. Cobaan...



DINNER.
Day 14 : Cuba menu baru pulak hari ni. Ayam bakar. Balut ayam dengan aluminium foil dan bakar guna kuali. Ramuan dia bawang, serai, halia, cili merah dan rempah kari. Semua bahan dikisar guna blender. Pastu lumur je ramuan tu kat ayam. Menjadi gak la. Kira good job la bagi orang yang first time buat. Lepas dinner telan ubat pecah lemak dan ubat cuci perut. So, ubat2 untuk 2 minggu pertama semua dah habis.

 
  

EXERCISE.
Day 14 : Buat slow jog dan jalan kaki 30 minit keliling taman kat area rumah. Anak2 macam biasa la main kat playground dengan mama. Kat taman ni ada Tugu Peringatan Double Six. Tugu ni dibina betul2 atas tempat kapal terbang terhempas. Ketua Menteri Sabah ke-5 serta 6 orang menterinya yang naik kapal terbang tu semua meninggal. Peristiwa ni berlaku pada 6/6/76. Cerita sejarah sikit la kan. 












Sayonara.......

Sunday 16 October 2011

Crash Diet: Day 12 & 13 (14 & 15/10/2011)


Day 12 & 13 program diet berjalan lancar kecuali sedikit gangguan pada Day 12 oleh ahli keluarga terdekat. Boleh pulak dia ajak pergi lunch. Pastu suruh tengok je dia makan. Boleh ke camtu? Siapa ye dia ni..jeng3x. Lu pikir la sendiri..

 
BREAKFAST.
Day 12 breakfast kat kedai mamak dengan member2 ofis macam biasa. Kitorang memang pagi2 sebelum office hour akan breakfast dulu sama2. Ingat nak bakar roti kat rumah tapi roti pulak habis. Lupa nak beli. Sampai kedai mamak ingat nak order tosei. Sekali tukang ambil order tu kata tosei habis sudah. Bahasa Sabah la pulak kan. So, pagi tu breakfast teguk air kopi O kosong je la. Naik ofis makan je ubat pecah lemak walaupun perut takde isi apa2. Harap2 ubat tahan lapar yang makan 1 jam sebelum breakfast tu dapat la bertahan sampai dinner.


Day 13 breakfast kat rumah. Off day la katakan. Menu wajib la apa lagi. Roti bakar dengan Nescafe O kosong. Pastu telan ubat pecah lemak. Hari Sabtu ni seperti biasa kena jadi baby sitter kat rumah untuk half day sebab mama pergi kerja.

LUNCH.
Day 12 ingat nak lunch air kosong je. Tetiba lepas jumaat ada ahli keluarga terdekat ajak teman dia lunch. Takde geng katanya. Kesian pulak. Biasanya perut dia ni senang masuk angin kalau tak makan. Nanti pitam la, gelap mata la bagai. Nak tak nak terpaksa la pegi. Sampai kat kedai boleh dia kata order je la air kosong. Tengok je dia makan sorang. Ada ke patut macam tu. Dia order char kue teow dengan iced mocha. Takkan nak tengok je kan. Pikir punya pikir last2 terorder gak roti bakar dengan kopi O. Ni la antara gangguan2 masa kita tengah diet ni. Sabor je la kan. 




DINNER.
Disebabkan hari timbangan semakin hampir Day 12 & 13 masak makanan kukus je. Bila masak kukus2 ni teringat pulak masa diet dulu2. Dulu senang kalau nak makan makanan kukus ni order je kat mak. Mak akan masakkan. Tapi skarang dah duduk jauh ni kena la masak sendiri.
Nak suruh mama dia tak confident la pulak nak masak kukus2 ni. Bukan kepakaran dia katanya. Jadi terpaksa la reka sendiri resepi hentam2 saja. Letak halia dengan cili merah. Memang la rasa dia kureng sikit tapi belasah je la kan. Janji kenyang. Lepas dinner makan ubat pecah lemak. Ubat cuci perut Day 12 je la makan. Kan kena selang sehari.

Day 12 : Ayam kukus makan dengan chilli sauce & black pepper sauce.
 
Day 13 : Ayam & Ikan kukus.

EXERCISE.
Day 12 ingat nak exercise aerobic sikit sebelum tidur. Konon2 lepas tengok live kat RTM1 game Selangor vs Perak la. Last2 tertido terus.Sedar2 dah pagi.

Day 13 bawak anak2 sekali pegi Perdana Park, Tanjung Aru. Diorang main kat playground. Mama diorang jaga. Jadi dapat la slow jog dan jalan kaki pusing taman tu 30minit. Lencun gak la baju. Kalau tak terbakar juga lemak tak tau la.



Tu je la.......