Powered By Blogger

Wednesday 26 October 2011

Crash Diet: Day 21&22 (23&24/10/2011)


Masa atas flight Sabtu lepas otak melayang2 asyik fikir nak makan sedap2 je bila sampai Kuching. Kursus kat hotel mesti la ada provide tea break dan lunch kan. Bukan selalu dapat makan buffet free kat hotel ni. Tension punya pasal makan je yang dipikir.

Bila tersedar dari lamunan tetiba terasa nak baca Berita Harian yang pramugari bagi tadi. Selak punya selak sampai je page 31 mata terus terpaku tengok iklan kat page tu. Kalau korang nak tau apa iklan tu korang tengok la sendiri kat bawah ni.



Berita Harian ni macam nak perli la pulak kan. Tau la kita ni gemuk. Boleh dia tulis 2 daripada 5 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti ni pulak katanya dikaitkan dengan penyakit kronik yang mengancam nyawa seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser. Macam nak takutkan orang pulak. 

Tapi bila dipikir2 balik seriau jugak dibuatnya. Obesiti ni boleh mengancam nyawa beb. Takkan nak biar je badan ni gemuk kot. Baik cegah sebelum terlambat. Nampaknya kena diet betul2 la 5 hari kat Kuching ni. Tak jadi la nak belasah makan sedap2.

Kepada sesiapa yang rasa diri tu obes ikut la 7 cara ni untuk capai berat badan unggul :

1) Ketahui Indeks Jisim Tubuh (BMI).
2) Makan ikut keperluan.
3) Makan sayur dan buah pada setiap waktu hidangan utama.
4) Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
5) Tingkatkan tahap aktiviti fizikal - amalkan 10,000 langkah sehari.
6) Percaya kita boleh lakukan.
7) Dapatkan sokongan dari rakan dan keluarga.





BREAKFAST.
Day 21&22 breakfast kat hotel. Orang lain semua makan sedap2. Dulu selagi tak habis rasa semua menu breakfast memang tak sah la kan. Tapi bila diet ni makan buah tembikai dengan minum kopi O kosong je la. 



LUNCH.
Day 21&22 minum air kosong je kat bilik hotel. Bila rehat je orang lain semua bergegas ke CafĂ© untuk lunch. Semua kata masa kursus ni la peluang nak makan buffet kat hotel. Kalau kena bayar sendiri mau nak kena pikir 2,3,4 kali. 


DINNER.
Day 21 makan ayam tandoori. Tapau kat kedai mamak sebelah hotel. Layan makan kat bilik sorang2 sebab nak tengok game MU vs MC. Hampeh betul game malam ni. Performance MU paling buruk abad ini. Kena belasah 6-1 beb.   
   


Day 22 penganjur provide dinner la pulak. Tak pergi bos2 besar semua ada. Ikut je la. Dinner seafood kat Top Spot Kuching. Ratah lauk je la. Ada ikan, udang, sotong, sup, sayur. Semua rasa sikit2. Nasib baik malam ni kena turn makan ubat cuci perut. he3x.



EXERCISE.
Day 21& 22 buat aerobic ikut VCD “Flat Stomach in 28 days”. Terpaksa exercise dalam bilik je sebab Grand Continental Kuching ni takde gym. Lekeh betul la hotel ni.




 

DIET PILLS. 
Sama je macam selalu:
Day 21 & 22 : 1 biji ubat tahan lapar (1 hour before breakfast).
Day 21 & 22 : 3 biji ubat pecah lemak (after breakfast, lunch & dinner).
Day 22 : 2 biji ubat cuci perut (after dinner).

Adios amigos….

No comments:

Post a Comment