Powered By Blogger

Monday 3 October 2011

Crash Diet : Papa Nak Kurus Macam Abang.....


Hari ni papa dah start diet. Papa kata dia jeles tengok abang yang dah selim melim sejak duduk kat Sabah.

Abang yang selim.
 
Kalau korang nak tahu, masa tahun 2009 dulu papa pernah turunkan berat badan dia dari 85KG ke 69KG dalam masa 1 bulan je. Turun 16KG tu. Kenapa?? Tak percaya ke??  Tapi tu 2 tahun dulu la. Sekarang ni berat badan papa dah kembali kepada berat asal 85KG. Dah macam belon dah kalau kitorang tengok dari dekat. ha3x. Jangan marah ye papa.


Papa dengan perutnya yang bulat.

Papa kata kali ni dia nak buat CRASH DIET supaya berat badan turun dengan cepat.  Masa balik cuti raya haritu papa dah pun pergi ke Klinik Famili BTS (Bandar Tasik Selatan) untuk dapatkan nasihat doktor. Kalau korang nak cuba berdiet boleh la korang pergi kat Klinik Famili BTS ni. Kat bawah ni ada kitorang masukkan alamat klinik tu. Tolong promote la pulak kan.

KLINIK FAMILI BTS,
NO. 23, GROUND FLOOR, JALAN 8/146,
BANDAR TASIK SELATAN,
57000 KUALA LUMPUR. 
Tel : 03 - 9059 6341


Bagi yang first time nak diet, doktor selalunya akan bagi briefing skit pasal program diet kat klinik ni. Habis je briefing doktor akan check pulak tekanan darah dan timbang berat  badan peserta program. Lepas tu baru la dia akan bagi ubat diet. Ubat diet ni kosnya lebih kurang RM150 untuk keperluan 2 minggu. Papa haritu kena RM 320 sebab dia beli stok ubat untuk 1 bulan terus.  


RM10.70 je sehari. Macam stail Courts la pulak.

Ubat tahan lapar. Makan 1 jam sebelum breakfast.

Ubat pecah lemak. Makan 1 biji lepas breakfast & 1 biji lepas dinner.


Ubat cuci perut. Makan 2 hari sekali. 2 biji lepas dinner.


Papa target nak turunkan berat badan dia dalam 15KG dalam masa sebulan ni. Kalau ikut kiraan doktor haritu, papa kena turunkan berat sampai 58KG baru dapat capai berat badan ideal. Macam tak logik pulak, takkan nak turun sampai 27KG kot. 15KG cukup la kan, kata papa la.

Bila dah start diet ni papa kena la makan ubat  dan ikut menu makanan yang doktor bagi. Kalau tengok menu tu papa hanya boleh makan benda-benda yang direbus/dikukus/dibakar je. Air kosong/air masak pulak kena minum dalam 3 liter sehari. Nampak gayanya telan air liur je la  papa nanti bila tengok kitorang makan sedap2. Ngeh3x.. 


Ni timbangan berat badan papa semalam. Kan main berat lagi. Setiap 1 minggu papa akan timbang berat badan dia dan kita tengok la nanti camane progressnya.  Mulai esok papa akan buat entri aktiviti harian dia dan masukkan dalam blog ni. Harap korang semua support la usaha murni papa untuk kuruskan badan ni ye. Jangan papa pulak yang hangat2 tahi ayam dah la. Chow Chin Chow…. 


Ni 10 tips motivasi diet yang kitorang cedok dari blog kevinzahri untuk tatapan semua: 

1. Kata-kata perangsang dari teman dan keluarga. 
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda.  

2. Pelaburan untuk kesihatan (gym). 
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi.  

3. Secret admirer. 
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani).  

4. Baju-baju idaman. 
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.  

5. Model-model. 
Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu! 

6. Kawan baru. 
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.  

7. Pencapaian anda sendiri. 
Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.  

8. Bayangan masa hadapan. 
Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?  

9. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’. 
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari. 

10. Berasa semakin sihat. 
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.


1 comment:

  1. Nak tau nama ubat than selera makan tu.. Apa ya nama

    ReplyDelete