Powered By Blogger

Wednesday 7 September 2011

Syok Holiday @ Sabah : Part 4

Sedar tak sedar dah masuk part 4.
Tup tup dah sampai kat Labuan pulak dah.
Nampak benor sakan berjalan.

Sape sangka. Kitorang pun tak sangka.
Langsung takde plan nak pegi Labuan dalam masa terdekat ni.
Tiba-tiba papa kena outstation. Mama pun cepat-cepat isi form cuti dan zoommmm...
Labuan, here we come !!!

Kitorang bertolak jam 1.20 petang dari umah menuju ke terminal jeti Menumbok. Jauh gak dalam 2 jam dari KK. Sepanjang perjalanan mata segar bugar je langsung tak ngantuk excited tak penah lalu belah-belah Kinarut - Papar ni. Tenang mata tengok laut.

Bila dah sampai sini maknanya jeti nak naik feri dah tak bape jauh dah.

Tempat ni namanya Kuala Penyu.


Dipendekkan cite dah sampai kat jeti Menumbok.

Paling ngam kalau dapat sampai sini sejam sebelum feri berlepas sebab kalau lambat queue pun dah panjang. Nak kena jalan lak ke terminal nak beli tiket, pastu nak patah balik ke kete yang jauh kemain memang semput. Kitorang hari tu potong queue, ehh tak baik tau. Tak sengaja sebab konpius ingatkan kete yang lain-lain tu parking rupanya tengah queue. Terpaksalah buat muka innocent saya tak bersalah camtu.

Feri nak gi Labuan ni rasanya tak banyak trip dalam satu hari...bape jam sekali baru ada. Jadi kalau nak bawak kete, jangan lupa book awal-awal. Kalau tak silap bayaran nak bawak kete sahaja ialah RM50 sehala...belum masuk tambang penumpang, caj imigresen pastu kete nak mendarat kat Labuan pun kena bayar tau. Saje la kitorang bagitau, nanti kalau korang nak pegi takdelah kena kejutan pulak bila nak kena bayar macam-macam kannn.

Inilah rupa feri nak ke Labuan.



Kenderaan yang naik feri ni pulak bukan setakat kete tapi segala macam lori bawak barang la sayur la, even trak polis yang bawak banduan tu pun ada. Ni encik polis trafik ni pun tak ketinggalan nak jugak naik feri.

Serius betol encik polis ni. Nak snap pun gigil takut kena marah.


Inilah suasana riang ria dua beradik ni kat atas feri tu. Excited kanmain tak penah naik feri la katakan huhu.






Tak sanggup duk kat luar lama-lama, bisa terbang tudung mama gitu. Masuk dalam lagi bagus ada aircond, tv, siap pasang movie cite Ngangkung lagi.



Tempoh perjalanan 2 jam ye...omg memang boring lucky boleh layan movie. Lagi satu ada orang jual megi cup, junk food, air minuman dalam feri so takyah risau kot-kot kelaparan. Tapi harganya cekik darah la sikit, megi cup tu pun dicaj RM3.50 satu...omg lagi :O
        

Tengok tu dah nampak Labuan...tak sabar nak turun dari feri sebab dah boring lama sangat perjalanan.



Jam 6.30 petang sampai Labuan. Mak ai exhaustednya bila sampai hotel. Rasa macam nak tido terus besok baru bangun.

Apakan daya asal malam je mesti perut bergendang gendut kelaparan. Papa dengan baik hatinya ajak makan seafood...aiyyo seafood lagi tapi mama suka. Dah terbayang-bayang dalam kepala nak makan chili crab yummy. Siap-siap gi dinner kat Mawilla Yatch Club Restaurant kat tepi laut. Tak jauh pun dari hotel.




Kitorang order ketam, udang, tomyam dan nasi goreng special. Gambar makanan memang tu aje yang sempat...bukan sebab melantak tak hengat tapi bz nak kontrol dua beradik tu, sorang asyik lari ke sana sini sorang lagi duk sepahkan meja...mak bapak kan main gelojoh makan sebab nak cepat-cepat balik haishh memang tak tenteram kalau makan kat kedai.

Kalau ikut taste kitorang, biasa-biasa je rasanya. Tapi harganya boleh tahan murah 60 hengget ++ je dinner kitorang...kalau tau cenggitu baik ambik lobster kan papa kannnn :P 

Esoknya pagi-pagi buta dah bangun ikut papa gi keje dulu, papa kata kejap je. 2 jam gak la melangut kat ofis tu, boring n ngantuk tapi tak leh tido sebab takkan nak buat macam umah sendiri lak :( 

Dah settle tujuan utama datang sini, barulah boleh jenjalan dengan senang hatinya. Labuan tak besar. Tak sampai 1 jam dah tawaf satu pulau. Tapi bila dah stop n visit tempat-tempat menarik kat sini otomatik jadi 1/2 hari sesi jenjalan hari ini.

Kat Peace Park..."Peace !"

Dalam taman burung.


Masing-masing terpegun tengok ape tah...


Welcome to Labuan Bird Park.

Adik tengok bird ye...


Cuci ape yang patut sebab dah terkena taik burung hahaha.


Burung ape besar sangat ni...?


Muzium lombong arang batu.


Menara kat Muzium Chimney.
Bercanda kat Pantai Batu Manikar.
Best kan dik main air laut. Kalau dapat mandi lagi best kot.


Masa pusing-pusing tadi ternampak Anjung Ikan Bakar Lubuk Temiang kat tepi laut macam best je. Terus aim nak dinner kat sini malam ni. Tempat ni kan ala ala Umbai ikan bakar kat Melaka yang femes tu. Cuma kat sini kecik sikit la tempatnya.

Betul-betul keciwa sebab udang bakar yang kitorang dapat tak fresh langsung, T__T . Makan sekor pastu terus tak sentuh dah yang berekor-ekor lagi tu. Nasib baik jugak ikan bakar tu tak mengecewakan dan ketam masak kari pulak memang super sedap hingga abang menjilat-jilat jari. Okeh bukan abang je, mama dan papa pun :P



Bila balik hotel letak je kepala kat bantal terus tak sedarkan diri sampai esok pagi.

Esoknya sebelum berangkat pulang haruslah menyoppingkan diri dulu kat kawasan duty-free ni. Rugi kalau datang sini tak beli coklat banyak-banyak buat stok heheh. Pastu nampak lak perfume apalagi terus mama buat muka kesian mintak papa belikan :P




Tu jelah yang kitorang shoppingkan kat Labuan...takde ape sangat pun. Selain coklat dan perfume, barang-barang lain yang murah wine dan rokok. Kalau boleh sambar Honda City sebijik bawak balik best jugak. 50k je harga kete tu kat sini, jeles jap ngan orang Labuan...T__T.

Disebabkan kepenatan melanda takde pun snap apa-apa pic on the way balik ni. Masa atas feri pun kitorang duk diam dalam kete bukak aircond sejuk-sejuk tido lagi bagus. Takde mood dah nak berposing mosing.

Ok itu aje corat coret perjalanan kitorang ke WP Labuan untuk tatapan semua. Kalau sape-sape teringin nak pegi tapi taknak buang masa dengan perjalanan yang panjang ni, boleh aje booking flight lagi sonang kojap je dah sampai.

Apepun happy bangat at least dah jejak kaki kat sana. Bila balik semenanjung kalau orang tanya boleh la cakap kitorang dah sampai Labuan dengan senyuman paling lebar :) dan nampak gigi sekali :B ngeh ngeh.