Powered By Blogger

Tuesday 19 July 2011

Apa Ada Pada Usia...yeke ???



Tajuk tu untuk menyedapkan hati je sebenarnya.
Gelora dalam hati sape yang tahu...hahaha.
Takdela. Mana ada gelora.
Terima jelah hakikat yang usia kita ni bukan semakin muda.

Kadang-kadang rasa macam baru semalam beriang-ria dengan best friends kat U dulu (isk isk rindu lak kat dorang)...takpun macam baru semalam jadik pengantin baru. Bila tersedar eh dah ada 2 anak ghupenya. Cepatnye masa berlalu ye tak.

Sebenarnya nak bagitau bulan lepas birthday mama.
(hampeh dah basi baru nak cite ek ?)
Yang ke berapa ?
Alah. Sama umur la dengan classmates masa form 5 kat SMSS dulu.
Sama umur gak dengan kawan-kawan satu batch kat
matrikulasi KMKN dan UUM dolu.
Korang ni laaa...tu pun tak tau. Haha.

Bila birthday mesti ada ape ye.

Kek ? Kitorang time birthday anak-anak je baru beli kek.
Tu pun sebab nak bagi dorang tiup lilin.
Pastu kek nya tersimpan je dalam fridge sampai keras macam batu.
(kalau celebrate empat beranak la).

Kek birthday abang & adik.
Yang ni habis licin sebab celebrate kat kg.
Sedara mara ramai...

Hadiah ? Sape taknak.
Tak penah letakkan syarat yang bila birthday musti kena bagi hadiah.
Sungguh tak materialistik kan.
Tapi tiap-tiap tahun wondering jugak...ada ke tak hadiah ni :P


Eh ada hadiah rupanya.
From Labuan with love.
Thanks papa.

Ucapan ? Satu kemestian.
Kesiannya kalau takde sape yang wish happy birthday.
Thanks a lot pada kawan-kawan dan relatives yang bagi wish dan doa.
Really appreciate u all.
Kadang-kadang rasa bersalah bila ada friends yang kita tak penah wish birthday dia, tiba-tiba time kita dia wish dengan sungguh panjang lebar, mendoakan rezeki dan kesejahteraan kita. Touching sungguh.

Paling penting orang tersayang MESTI kena wish.
Kalau tak mau seminggu tarik muncung, merajuk kononnya.
Papa bukan jenis yang suka publish kat fb bab-bab macam ni. Mama tak kesah. Tapi papa akan jadik orang pertama wish birthday mama tiap-tiap tahun - bila tepat jam 12 mlm.
Touching lagi.




Celebrate makan-makan ? Tengok keadaan. Tapi biasanya ada.
Macam tahun ni papa nak bawak mama makan seafood.
Plan asal nak makan kat Gayang Seafood Restaurant tapi tak jadi sebab jauh.
Ikut hati nak je makan kat Port View ke..takpun Ocean Seafood yang glamor tu. Tapi takut papa menggigil je masa nak bayor bil..haha.

 Kalau korang datang Sabah pastu kepingin nak makan seafood tapi budget tak berapa nak ada, elakkan masuk restoran-restoran besar kat tengah bandaraya ni. Harganya mak ai boleh pitam dibuatnya. Baik korang pegi yang jauh sikit macam restoran Gayang tadi tu sebab harganya lebih murah. Ni menurut kata papa la. Mama ngap je, tak penah pun nengok bilnya.

Sambung cite nak gi makan tadi tu.
Akhirnya pegi Restoran Masakan Sedap kat Lintas.
Kebetulan ada cousin satu famili datang holiday, so ajak diorang sekali. Tapi tak bagitau pun makan-makan ni sempena birthday mama.



Tu dia birthday girl kontrol ayu makan.
Uhukk huk...girl ???

Abang fokus makan nasi goreng cina.
Pandang camera pun taknak.

Okeh.
Masa untuk buat korang semua terliur.
Menu-menu pada malam itu...

Ikan Kerapu masak mangga.
Hahaha main hentam keromo je.
Sori la tak ingat nama menu ni.
Sebab ada hirisan mangga kat atas ikan tu, andaikan jela
namanya macam yang kitorang bagi tu.

Nampak macam kecik.
Tapi besor ikan ni.

Butter prawn.
Tak tau apsal tapi menu ni wajib ada tiap kali makan seafood.


Ayam goreng.
Memang tak sama dengan ayam KFC peberet korang tu.
Lain dari yang lain.


Sup tomyam.
Satu lagi menu wajib.
Tak sah kalau takde.
Gambar dia tak sempat nak snap sbb waiter dah masukkan dalam mangkuk kecik2.
Kalau korang perasan kat tepi pinggan kitorang semua ada mangkuk tomyam tu.

Soft shell crab.
Menggantikan ketam nipah yang takde stok malam tu.
Pada yang tak tau, ketam ni boleh di ngapp dengan
kulit-kulit sekali. 


Sabah Vege.
Kitorang pilih sayur ni sebab sayur ni kat Sabah je boleh jumpa.
Rupa dia boleh tengok kat atas tu.

Puding kelapa.
Untuk dessert time.
Sape-sape yang tak penah makan boleh try pasni.
Sedapppp. Tak caya cer try...cer try.


Selesai makan. Alhamdulillah.
Syukur atas nikmat dan rezeki dari-Nya.

Lastly. Wish ? Ada banyak.
Kalau diizinkan Allah nak....
Murah rezeki.
Panjang umur.
Success.
Tapi paling penting bahagia dunia & akhirat bersama keluarga tercinta.
Amin.


Monday 4 July 2011

Syok Holiday @ Sabah : Part 3

KUDAT - destinasi holiday yang memang kitorang impi-impikan. Actually dari last year lagik kitorang dah planning nak pegi tapi asyiklah tak jadi. Akhirnya berjaya jugak kitorang menjejakkan kaki ke sini baru-baru ni. Happy kemain...

Perjalanan ke sana mengambil masa 3 jam dari KK. Kedengaran macam tak jauh sangat kan. Tapi percayalah ianya sangat memenatkan. Dengan jalan yang tak berapa nak rata...memang melambung la dalam keta especially orang yang duk back seat tu. Sape yang tak tahan boleh migrain woo. Sampai sana pulak masa matahari terpacak atas kepala...tapi memang lain macam skit panasnya tempat ni.


Awal-awal lagik kitorang dah booking kat Kudat Golf & Marina Resort. Dapat la pilih bilik yang sea view. Wahh memang tak nyesal la bila dapat tengok view macam kat bawah ni. Speechless.





Kat sini jugak 1st time abang dan adik masuk swimming pool. Abang memula takut tapi bila dah lama terus seronok tak hengat. Sampaikan papa pun join sama kononnya nak tolong pegang adik. Tapi kitorang tau, sebenarnya dia memang teringin nak berendam dalam pool...keh3x.






Biasa sebelum pegi mana-mana kitorang wat research skit tempat-tempat menarik kat situ yang boleh diterjah. Takkan la nak duk terperap dalam bilik je kan walaupun view kat hotel tu superb. Rupanya kat sini diorang mempraktikkan konsep 'satu kampung satu produk'. Okeh takyah cakap banyaklah...jom kitorang tunjuk tempat-tempat menarik di Kudat.

Honey Bee Farm - Kg. Gombizau, Matunggong


Kampung ni mengkhusus dalam penternakan lebah sampailah ke pemprosesan madu lebah. Fuiyyoo macam esei bahasa melayu lak ayat. Kena bayar nak masuk dalam...tapi kitorang dapat diskaun sebab masa tu takde madu. Rupanya ada musim gak lebah tu nak wat madu...kitorang baru tau fakta ni. Jangan risau, diorang takkan biarkan kita sendiri tak tentu hala masuk kat tempat lebah tu. Ada la orang kampung kat situ yang tolong bawak, explain dan tunjuk sarang lebah tu. Kiranya macam tour guide la ni.


Ni lah tour guide nye. Siap kendong anak lagi.
Tak payah nak pakai pelindung pape..orang dah biasa kan. Kitorang pun saspen sebenarnya nak tengok dekat-dekat. Lebah tu beb...jangan main-main. Tapi berani jugak nak ambik gambar walaupun nebes.

Muka yang saspen giler.

Kilang Gong - Kg. Sumangkap, Matunggong


Kampung ni adalah kilang membuat gong. Ape yang kitorang nampak setiap umah dalam kampung ni mesti ada gong...ada yang besar, ada yang kecik. Memang menarik. Tapi ada satu yang paaaaling besar kat tepi padang kampung ni. Besar mana ? Besar macam dalam gambar kat bawah ni.


Korang imagine la sendiri saiz gong tu. Macam orang kerdil lak rasanya kitorang ni.

Tapi kejap je menyinggah kat sini sebab tak tahan panas yang terlampau terik.

Rumah Panjang Rungus - Kg. Bavanggazo


Ini adalah rumah tradisi kaum Rungus di Kudat.

Masa kitorang datang suasana agak sepi kat situ. Di bahagian hujung rumah nampak ada orang tengah duduk-duduk...yang baring pun ada. Tertanya-tanya eh, diorang memang duk betul-betul kat sini ke? Boleh ke nak masuk umah orang ni?




Rupanya diorang tu jual souvenir kat dalam...


Serius takut nak pijak lantai buluhnya sebab bila kita pijak dia macam melentur kan. Macam nak roboh ke bawah je...haha imagine yang bukan-bukan padahal buluh kan kuat strukturnya. Tapi tak berani bagi adik jalan sendiri, kaki dia kan kecik...takut terjerlus celah-celah lantai buluh yang tak rapat tu.

Memang excited dapat tengok sendiri rumah panjang yang real...lantai buluh, dinding dari kulit kayu, tangganya pun sangat unik.



The Tip Of Borneo - Tg. Simpang Mengayau

Dalam banyak-banyak tempat, paling tak sabar nak citer kat korang pasal tempat ni. Sebabnya inilah tempat yang paaaaaling cantik pernah kitorang pegi sepanjang kat Sabah ni.




Jaraknya dalam 45 min perjalanan dari bandar Kudat. Ingatkan dekat jer dari simpang masuk tu...rupanya jauh nak nyampai ke hujung borneo ni. Nasib baik cantek bangat tempatnya, memang berbaloi walaupun perjalanannya agak menyeksakan.

Wajib amek gambar kat globe ni kalau datang sini.

Kalau nak tau lebih jelas kedudukannya, sila refer pada map negeri Sabah yang dikatakan mirip kepala seekor haiwan...haiwan ape pikir sendiri ye. Tip of Borneo terletak di hujung telinga haiwan tersebut...simbolik kan. Kat sini jugak dikatakan titik pertemuan Laut Cina Selatan dan Laut Sulu.


Kalau ada keberanian boleh je nak turun sampai ke titik penghujung ni (the tip)...


Tengok dalam gambar macam senang je nak turun bawah kan. Tapi curamnya tinggi, licin, bahaya dan scary (ayat scary tu khusus untuk mereka2 yang gayat, macam mama). Sebab tu ada papan tanda amaran yang diletakkan. Memang tingin nak pegi sampai the tip tu tapi bila tapak kaki dah berpeluh, baiklah batalkan je hasrat murni tu.


So mama & adik sampai takat ni saje dan cabaran diteruskan oleh papa & abang.

Tabik spring kat abang yang begitu berazam ajak papa turun. Dan berjaya akhirnya melepasi batu-batu yang licin untuk berdiri megah di hujung tanah borneo...

Abang @ The Tip of Borneo.


Kudat Golf Club

Macam biasalah, datang sini sebab nak entertain minat si abang. Malam pun malam la...asalkan dapat senyapkan dia yang dari tghari tadi lagik sibuk nak main golf.




Fuhhh...ada stail la abang hayun kayu golf.

Sebelum berangkat pulang ke hotel untuk zzzzz (penat gilosss)...mintak dia posing dulu kat entrance untuk kenangan dan sebagai bukti yang abang penah datang main golf kat sini. 


 Kudat best bro...hehe.