Powered By Blogger

Monday, 4 July 2011

Syok Holiday @ Sabah : Part 3

KUDAT - destinasi holiday yang memang kitorang impi-impikan. Actually dari last year lagik kitorang dah planning nak pegi tapi asyiklah tak jadi. Akhirnya berjaya jugak kitorang menjejakkan kaki ke sini baru-baru ni. Happy kemain...

Perjalanan ke sana mengambil masa 3 jam dari KK. Kedengaran macam tak jauh sangat kan. Tapi percayalah ianya sangat memenatkan. Dengan jalan yang tak berapa nak rata...memang melambung la dalam keta especially orang yang duk back seat tu. Sape yang tak tahan boleh migrain woo. Sampai sana pulak masa matahari terpacak atas kepala...tapi memang lain macam skit panasnya tempat ni.


Awal-awal lagik kitorang dah booking kat Kudat Golf & Marina Resort. Dapat la pilih bilik yang sea view. Wahh memang tak nyesal la bila dapat tengok view macam kat bawah ni. Speechless.





Kat sini jugak 1st time abang dan adik masuk swimming pool. Abang memula takut tapi bila dah lama terus seronok tak hengat. Sampaikan papa pun join sama kononnya nak tolong pegang adik. Tapi kitorang tau, sebenarnya dia memang teringin nak berendam dalam pool...keh3x.






Biasa sebelum pegi mana-mana kitorang wat research skit tempat-tempat menarik kat situ yang boleh diterjah. Takkan la nak duk terperap dalam bilik je kan walaupun view kat hotel tu superb. Rupanya kat sini diorang mempraktikkan konsep 'satu kampung satu produk'. Okeh takyah cakap banyaklah...jom kitorang tunjuk tempat-tempat menarik di Kudat.

Honey Bee Farm - Kg. Gombizau, Matunggong


Kampung ni mengkhusus dalam penternakan lebah sampailah ke pemprosesan madu lebah. Fuiyyoo macam esei bahasa melayu lak ayat. Kena bayar nak masuk dalam...tapi kitorang dapat diskaun sebab masa tu takde madu. Rupanya ada musim gak lebah tu nak wat madu...kitorang baru tau fakta ni. Jangan risau, diorang takkan biarkan kita sendiri tak tentu hala masuk kat tempat lebah tu. Ada la orang kampung kat situ yang tolong bawak, explain dan tunjuk sarang lebah tu. Kiranya macam tour guide la ni.


Ni lah tour guide nye. Siap kendong anak lagi.
Tak payah nak pakai pelindung pape..orang dah biasa kan. Kitorang pun saspen sebenarnya nak tengok dekat-dekat. Lebah tu beb...jangan main-main. Tapi berani jugak nak ambik gambar walaupun nebes.

Muka yang saspen giler.

Kilang Gong - Kg. Sumangkap, Matunggong


Kampung ni adalah kilang membuat gong. Ape yang kitorang nampak setiap umah dalam kampung ni mesti ada gong...ada yang besar, ada yang kecik. Memang menarik. Tapi ada satu yang paaaaling besar kat tepi padang kampung ni. Besar mana ? Besar macam dalam gambar kat bawah ni.


Korang imagine la sendiri saiz gong tu. Macam orang kerdil lak rasanya kitorang ni.

Tapi kejap je menyinggah kat sini sebab tak tahan panas yang terlampau terik.

Rumah Panjang Rungus - Kg. Bavanggazo


Ini adalah rumah tradisi kaum Rungus di Kudat.

Masa kitorang datang suasana agak sepi kat situ. Di bahagian hujung rumah nampak ada orang tengah duduk-duduk...yang baring pun ada. Tertanya-tanya eh, diorang memang duk betul-betul kat sini ke? Boleh ke nak masuk umah orang ni?




Rupanya diorang tu jual souvenir kat dalam...


Serius takut nak pijak lantai buluhnya sebab bila kita pijak dia macam melentur kan. Macam nak roboh ke bawah je...haha imagine yang bukan-bukan padahal buluh kan kuat strukturnya. Tapi tak berani bagi adik jalan sendiri, kaki dia kan kecik...takut terjerlus celah-celah lantai buluh yang tak rapat tu.

Memang excited dapat tengok sendiri rumah panjang yang real...lantai buluh, dinding dari kulit kayu, tangganya pun sangat unik.



The Tip Of Borneo - Tg. Simpang Mengayau

Dalam banyak-banyak tempat, paling tak sabar nak citer kat korang pasal tempat ni. Sebabnya inilah tempat yang paaaaaling cantik pernah kitorang pegi sepanjang kat Sabah ni.




Jaraknya dalam 45 min perjalanan dari bandar Kudat. Ingatkan dekat jer dari simpang masuk tu...rupanya jauh nak nyampai ke hujung borneo ni. Nasib baik cantek bangat tempatnya, memang berbaloi walaupun perjalanannya agak menyeksakan.

Wajib amek gambar kat globe ni kalau datang sini.

Kalau nak tau lebih jelas kedudukannya, sila refer pada map negeri Sabah yang dikatakan mirip kepala seekor haiwan...haiwan ape pikir sendiri ye. Tip of Borneo terletak di hujung telinga haiwan tersebut...simbolik kan. Kat sini jugak dikatakan titik pertemuan Laut Cina Selatan dan Laut Sulu.


Kalau ada keberanian boleh je nak turun sampai ke titik penghujung ni (the tip)...


Tengok dalam gambar macam senang je nak turun bawah kan. Tapi curamnya tinggi, licin, bahaya dan scary (ayat scary tu khusus untuk mereka2 yang gayat, macam mama). Sebab tu ada papan tanda amaran yang diletakkan. Memang tingin nak pegi sampai the tip tu tapi bila tapak kaki dah berpeluh, baiklah batalkan je hasrat murni tu.


So mama & adik sampai takat ni saje dan cabaran diteruskan oleh papa & abang.

Tabik spring kat abang yang begitu berazam ajak papa turun. Dan berjaya akhirnya melepasi batu-batu yang licin untuk berdiri megah di hujung tanah borneo...

Abang @ The Tip of Borneo.


Kudat Golf Club

Macam biasalah, datang sini sebab nak entertain minat si abang. Malam pun malam la...asalkan dapat senyapkan dia yang dari tghari tadi lagik sibuk nak main golf.




Fuhhh...ada stail la abang hayun kayu golf.

Sebelum berangkat pulang ke hotel untuk zzzzz (penat gilosss)...mintak dia posing dulu kat entrance untuk kenangan dan sebagai bukti yang abang penah datang main golf kat sini. 


 Kudat best bro...hehe.

1 comment:

  1. I stayed before at Marina Resort, lovely place with beautiful scenery facing the sea.

    ReplyDelete