Powered By Blogger

Wednesday 30 November 2011

10,000...oh 10,000...

Apa yang 10,000 tu yop?? duit ke?? kalau duit kaya le teman yop. 10,000 sehari. Sebulan dah 300,000. Pakcik kayo kata Din Beramboi. keh3x.

Bukan duit la yop tapi jumlah langkah (steps) dalam sehari. Kalau nak kekal sihat kita kena berjalan kaki 10,000 langkah sehari yop. Apa faedahnya? Kome tanya teman apa faedahnya yop. Nah. Kome baca la sendiri kat bawah ni apa dia faedah berjalan kaki 10,000 langkah sehari ni :
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mengurangkan risiko penyakit diabetes
  • mengurangkan risiko osteoporosis
  • mengurangkan risiko kanser usus besar, payudara & prostat
  • menurunkan paras kolesterol dalam darah
  • mengawal tekanan darah
  • membantu mengawal berat badan
  • mengurangkan stress
  • mengekalkan kekuatan otot.

Kalau kome nak tahu berjalan kaki 10,000 langkah ni bersamaan dengan jarak sejauh +-8 kilometer. Kiranya 1 kilometer kita dapat +-1,250 langkah. Jumlah kalori yang dibakar pulak +-500 kalori yop, yang mana ianya juga sama dengan :
  • berenang selama 90minit
  • berbasikal selama 70minit
  • bermain bolasepak selama 90minit 

Ape yop? Kome kata kome bekerja dan takde masa nak berjalan kaki 10,000 langkah sehari. Alasan je la tu yop. Meh teman nunjuk tips camane nak dapat 10,000 langkah tu.

Kat tempat kerja :
  • Letakkan kenderaan kome jauh dari tempat kerja. Kalau parking kat basement, parking la kat basement paling bawah dan ambil parking lot yang paling hujung. Jalan tau yop. Jangan naik lif pulak dari basement tu.
  • Berjalan ke meja rakan untuk berurusan. Jangan main intercom je yop.
  • Jalan kaki kalau ada urusan disekitar kawasan tempat kerja. Kalau hujan naik la kereta yop. Basah pulak nanti kalau jalan kaki.
  • Ambil 20-30 minit masa lunch hour untuk berjalan di kawasan pejabat. Kalau pejabat kat area shopping complex lagi best yop. Kome tawaf la satu shopping complex tu.
  • Jangan gunakan lif kalau kerja kat bangunan yang bertingkat. Guna tangga je yop. Tapi ikut kemampuan la jugak. Kalau ofis tingkat 20 takkan nak guna tangga gak yop.

Kat rumah :
  • Jangan gunakan lif kalau duduk rumah apartment/condo. Guna tangga kalau mampu.
  • Jalan kaki kalau nak pergi kedai yang berdekatan dengan rumah.
  • Kurangkan penggunaan semua jenis remote control. Guna cara manual sebab dapat buat kita berjalan. 
  • Tolong mak atau isteri kemas rumah, masak, basuh baju, sapu sampah dll.
  • Kalau balik rumah sebelum hari gelap, bawak la famili jalan2 kat taman.

Untuk makluman kome, pejalan kaki dalam dunia ni boleh kita boleh bahagikan kepada 5 kategori :

1. Orang yang berjalan kaki kurang dari 5,000 langkah sehari.
Orang macam ni diklasifikasikan sebagai "TIDAK AKTIF". Kebanyakan kerja dibuat sambil duduk je. Tak banyak berjalan. Kalau ikut klasifikasi teman kira orang malas la ni yob. kah3x.

2. Orang yang berjalan kaki antara 5,000 hingga 7,499 langkah sehari.
Orang macam ni diklasifikasikan sebagai "KURANG AKTIF". 

3. Orang yang berjalan kaki antara 7,500 hingga 9,999 langkah sehari.
Orang macam ni diklasifikasikan sebagai "SEDERHANA AKTIF".

4. Orang yang berjalan kaki lebih dari 10,000 langkah sehari.
Orang macam ni diklasifikasikan sebagai "AKTIF". Teman target nak capai level ni la yop.

5. Orang yang berjalan kaki lebih dari 12,000 langkah sehari.
Orang macam ni diklasifikasikan sebagai "SANGAT AKTIF".


Anyway teman dah pun beli pedometer jenama Osim. Osim u-walk. Senang sikit teman nak pantau jumlah langkah (steps) teman, jarak berjalan dan jumlah kalori yang teman dah bako. Kita bako je kata Ucop Wilcha. he3x.



Jumlah steps


Jarak berjalan


Jumlah kalori dibakar

Teman tengok sekarang ni Anlene pun tengah buat promosi percuma pedometer. Tapi sebenarnya bukan free pun yop. Kome kena beli gak susu Anlene tu. Kumpul barcode dia sampai 12 points pastu baru boleh claim pedometer tu.

Thursday 24 November 2011

Happy Birthday papa.



Happy birthday to you
Happy birthday dear papa
Happy birthday to you


”Tiada kata yang mampu diungkap, hanya secebis ingatan di hari istimewa ini”.

Wahhh sebijik macam ayat dalam kad ucapan hari raya hahaha. Langsung tak boleh pakai. Okehlah okehlah…ni ucapan betul-betul. Mama, abang dan adik doakan semoga apa yang papa hajati akan tercapai. Hajat papa nak kurus kan…mudah-mudahan papa dapatlah berat badan yang diingini tu. Tapi kalau tak dapat sampai target pun takpe, kitorang tetap sayangkan papa no matter what. Sweet tak ayat tu..hehehe.


Lagi satu, hajat papa nak ipad ye. Manja lak tu nak bini yang belikan. Okehla ni jawapannya buat masa ni…


Insyaallah…insyaalah…
Insyaallah…ada caranya…


Hahahaha. Tapi jawapan ikhlas tu tau.


Apapun weekend ni baru plan nak celebrate, nak pegi Beringgis Resort Papar. Apa boleh buat dah birthday jatuh pada hari kerja. Tapi takpelah asal dapat jalan-jalan. Mama suke…..:D  *confuse sape yang sambut birthday sebenarnya*

Wednesday 16 November 2011

Ka-ra-o-ke



It’s karaoke time!

Best jugak sebenarnya berkaraoke dengan family, walaupun bawak anak-anak bawah umur yang suka berebut mikrofon dengan makbapak yang dah feeling-feeling nak nyanyi lagu duet konon nak mengimbau kenangan zaman bercinta eceh :P

Sampai ke sudah tak dapat berduet. Dapat nyanyi pun kejap-kejap je sebab mikrofon dah diconquer oleh anak-anak...siap ketuk-ketuk jerit-jerit, kes tak penah jumpa mikrofon :D


Sila sila pilih lagu yang agak-agak boleh tonjolkan vokal anda.



Papa nyanyi dululah sebab sore papa paling sedap.
 
Fuh sedapnya papa nyanyi. Adik terpegun lah.

Oleh sebab papa nyanyi sedap, adik bagi 5 bintang lah!

Lagu wajib pilih - Cari Jodoh : Wali band

Okeh abang, jom duet dengan papa lagu Wali band.

Adik pun nak! Adik nak nyanyi jugak lah!

Dah dah...abang nak nyanyi sorang. Mana lagu peberet abang?

Aha...ada pun lagu Bruno Mars ni. The Lazy Song peberet abang.
Adalah dekat 10x duk ulang tayang lagu ni aje.

Mama konon nak duet dengan papa lagu ni lah tapi apakan daya.


Kenapa takde satu pun muka mama dalam ini cerita? Biasalah orang sore paling tak sedap malu nak tunjuk muka :P
 
 
Okeh tu aje nak citer. Babai.





Monday 14 November 2011

Surprise untuk abang


Tahukah uols tiap kali balik klang, aktiviti wajib mama dan papa adalah pegi jusco. Tak sah kalau tak pegi sebab tahukah uols kat sabah takde jusco T__T. Frust tau mama. Tahukah uols bila kitorang pegi mesti berjam-jam masa abis kat situ sebab nak cover ke'frust'an hati yang dah berbulan-bulan tak jejak jusco. Tahukah uols $$$ pun mengalir macam air time tu :(

Ishh sudah-sudahlah mengarut kan. Ni nak cite masa balik klang hari tu sempat jugak menjengah ke jusco Bukit Tinggi sebelum balik trg. Masa lalu kat bahagian golf accessories tiba-tiba ternampak set golf untuk budak-budak harganya RM299, murah kata papa.



Tahukah uols yang abang minat golf? Membuak-buak perasaan papa nak belikan untuk abang. Bincang-bincang tak sampai 5 minit, terus bergerak ke kaunter pembayaran.








Pastu balik nak buat surprise la kat dia konon. Sebelum ni dia selalu usha-usha kat dalam kedai golf kalau kitorang pegi driving range. Mesti dia tak sangka mama dan papa sanggup belikan untuk dia...eh papa yang bayar jadi papa la yang belikan kot. Mama macam biasa tukang bagi support je hehe :P

So abang, this is for you...




Suka sangat dia dan dia sangat suka mendapat hadiah ni. Tengoklah wajah riaknya posing dengan set golf tu yang seolah-olah berkata "set golf ini aku yang punya...bukan ahmad albab yang punya tau".



Kitorang takdelah mengharapkan dia akan jadi star macam Tiger Woods ke ape. Just nak bagi dia galakan untuk something yang dia minat. Kalaulah satu hari nanti dia betul-betul jadi pro syukur alhamdulillah la kan. Apepun doakan yang terbaik untuk anak-anak itu yang paling penting kan :)

Saturday 12 November 2011

PEDOMETER @ Walking/Steps Counter....

Masa balik raya haji haritu ingat nak beli Omron pedometer kat Caring Pharmacy Jusco Bukit Tinggi Klang. Tapi sayang kat situ takde jual pulak benda alah tu. Kat pharmacy lain ada gak jual tapi rege mahal sikit dalam RM150++. Dengar cerita kat Caring Pharmacy boleh dapat RM90++ je.

Apa! korang tak penah dengar pasal pedometer? Biar betul. Ni cheq nak habaq mai. Pedometer ni adalah gadget untuk measure berapa langkah (steps) kita dah jalan dan berapa jumlah kalori yang dibakar (calories burned) dalam 1 hari. Maybe ramai yang tak ambil kisah pasal benda ni. Tapi kalau korang nak tahu berjalan 10,000 langkah 1 hari boleh bantu kita untuk dapatkan berat badan unggul dan kekal cergas. Mengikut kajian berjalan 10,000 langkah boleh bakar +-500 kalori. Banyak tu geng. Dari segi jarak pulak 10,000 langkah bersamaan +-5 batu atau +-8 kilometer.


So, camane nak tau kita dah jalan berapa langkah 1 hari? Takkan la nak kira dengan jari kot. Sebab ni la diorang cipta pedometer. Pedometer ni pulak ada macam2 jenis. Ada yang sangkut kat pinggang, ada yang masuk kat dalam poket dan macam2 lagi la. Kat bawah ni ada contoh gambar Omron pedometer. Kalau korang tengok kat skrin pedometer tu dia tunjuk 12549 steps. Maknanya orang yang pakai benda tu dah berjalan 12549 langkah la. Boleh gak check berapa kalori yang dibakar dengan 12549 steps tu. Maybe kena tekan button mode tu kot..

 


Berbalik pada cerita nak beli pedometer tadi. Disebabkan cuti raya haji haritu tak lama dan kelam kabut rushing Klang-Kuala Terengganu-Klang jadi tak sempat la nak survey kat branch Caring Pharmacy yang lain. Bila balik Kota Kinabalu asyik dok teringatkan benda tu je. Kat Kota Kinabalu ni pulak mana ada Caring Pharmacy. Kalau Guardian Pharmacy bersepah la kat sini. Disebabkan dah teringin sangat nak beli pedometer pegi la jugak cari kat Guardian. Jumpa la stepometer. Kalau ikut kat kotak function dia lebih kurang sama dengan pedometer dan rege dia pulak murah giler RM35 je. Bila dah beli rasa nyesal la pulak. Macam tak best je. Nak reset pun tak boleh. Hampeh betul. Nampak gayanya simpan dalam laci je la benda ni.



Dijadikan cerita masa jalan2 time lunch hour kat Plaza Wawasan tiba2 terpandang satu jam yang agak menarik kat 1 kedai jam. Function jam ni selain nak tengok masa boleh pulak dia monitor kita punya kadar denyutan jantung (heart beat rate) dan jumlah kalori yang dibakar (calories burned). Menarik betul la jam ni. Teringat pulak kat Biggest Loser Asia. Diorang pun pakai jam macam ni jugak tapi jenama Polar (Polar Watch). Tanya tokey kedai tu dia kata boleh bagi discount baik punya. Last2 terbeli gak jam tu. Terbang ana punya RM300. hu3x. Jam ni jenama Suunto model M1. Ambil model yang paling murah. Dia datang dengan Suunto heart rate belt. Kena pakai belt ni kat dada dan jam tu akan read kita punya kadar denyutan jantung dari situ. Dah test guna gadget ni pagi tadi. Exercise kat taman dan dapat bakar 383 kalori. Target nak bakar 1000 kalori sehari. Boleh ke yop? he3x..






Ni Polar Watch yang Biggest Loser Asia pakai.


Petang ni nak pegi beli Osim U-Walk pulak. Dia ni pedometer gak. Cuma nama je lain. Browse internet dan terjumpa benda alah ni. Dah booking pun tinggal nak bayar je. RM120 lagi terbang nampak gayanya. Tah kenapa la kebelakangan ni jadi extreme pulak dengan gadget2 untuk fitness.








Thursday 10 November 2011

Dia kini bergelar suami.

Fuhh macam baca tajuk novel lak title entry kali ni. Okeh entry ini dedicated to the one and only adik kesayangan mama yang dah selamat ke jinjang pelamin baru-baru ni. Tanggal 6-7hb Nov 2011 adalah tarikh keramat yang dipilih untuk menyatukan ikatan hati yang suci merpati dua sejoli ni...ayat pun dah macam ayat dalam novel, cayalah.

Maka kitorang pun terbang pulang ke Terengganu untuk sama-sama meraikan hari bahagia diorang. Balik pun kejap je dan tergesa-gesa sebab cuti tak lama. Bayangkanlah 7hb tu hari kenduri dan malam tu jugak kitorang fly back to KL sebab 8hb dah nak balik KK sebab 9hb dah start keje. Complicated tak ayat tu...kalau tak faham boleh abaikan.

Okehlah okehlah takyah cite lebih-lebih pasal penat ke rushing ke sebab ini cerita bahagia kan :) Silalah cekidaud foto-foto sekitar majlis pernikahan & perkahwinan yang dicilok dari facebook diorang dan cousin mama, kak Maslina.

Pengantin lelaki yang hensem.

Dup dap dup dap nak akad nikah

Pengantin perempuan yang cun.

Menunggu detik bergelar isteri

Famili pengantin yang gojes dan macho belaka.

Bertambah sorang lagi ahli baru dalam famili
Di hari perkahwinan.

Wohh kilat ngat spek penganting (sila baca dalam dialek Trg)
Menunggu pengantin lelaki

Sama cantik sama padan

Suka kan tengok orang kawin pastu terus teringat time kita dulu-dulu, bagi yang dah kawin la. Yang belum kawin lak mesti dah terbayang-bayang nak wat majlis macam gini macam gitu. Kan?


Ya, macam tak percaya dia dah kawin. Dulu masa kecik-kecik dialah teman mama bermain dan ber'gocoh' dan nakalnya ya rabbi. Time gaduh memang dia yang menang sebab mak selalu back up dia. Now he's a man enough to have his own family, but he will always be my naughty and charming little brother. Sebak la pulak :P


Untuk adik mama, Mohd Rozam dan pasangannya Siti Hajar kitorang ucapkan selamat pengantin baru dan selamat melayari bahtera perkahwinan. Semoga jodoh korang berkekalan dunia dan akhirat dan cepat-cepat tambah cucu untuk mak dan abah ;)




Tuesday 8 November 2011

How to lose 10 kilos in 28 days.


Macam gempak je tajuk entri kali ni kan. Kalau korang nak tau camane nak turun 10 kilo korang baca je entri2 yang terdahulu dalam blog ni. Ni based on papa punya real experience tau. Bukan setakat rekaan semata2. Kalau korang follow betul2 program diet macam papa ni mesti korang boleh turun lebih dari 10 kilo. Papa yang kadang2 belasah makanan off menu pun boleh turun 10 kilo.




Kalau berminat korang boleh click je link kat bawah ni. Tapi diet cara ni agak menyeksakan sikit. Banyak betul pantang larang dia. Camane tah papa boleh ikut program diet ni. Kuat betul azam dia untuk nampak kurus. Kitorang cuma harap kalau papa dah kurus sikit nanti dapat la dia maintain berat badan dia tu. Jangan kembong balik macam dulu2 udah...keh3x.


1. Crash Diet : Papa Nak Kurus Macam Abang.....
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-papa-nak-kurus-macam-abang.html

2. Crash Diet : Day 1 (3/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-1-3102011.html

3. Crash Diet : Day 2 (4/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-2-4102011.html

4. Crash Diet : Day 3 (5/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-3-5102011.html

5. Crash Diet : Day 4 & 5 (6 & 7/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-4-5-6-7102011.html

6. Crash Diet : Day 6 & 7 (8 &9/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-6-7-8.html

7. Crash Diet : Day 8 & 9 (10 & 11/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-8-9-10-11102011.html

8. Crash Diet : Day 10 & 11 (12 & 13/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-10-11-12-13102011.html

9. Crash Diet: Day 12 & 13 (14 & 15/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-12-13-14-15102011.html

10. Crash Diet: Day 14 (16/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-14-16102011.html

11. Crash Diet: Day 15 & 16 (17&18/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-15-16-17.html

12. Crash Diet: Day 17 & 18 (19&20/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-17-18-19.html

13. Crash Diet: Day 19 & 20 (21&22/10/2011).
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-19-20-21.html

14. Crash Diet: Day 21&22 (23&24/10/2011)
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-21-23.html

15. Crash Diet: Day 23 - 26 (25-28/10/2011)
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/10/crash-diet-day-23-26-25-28102011.html

16. Crash Diet: Day 27 - 28 (29-30/10/2011)
http://farisfarissa.blogspot.com/2011/11/crash-diet-day-27-28-29-30102011.html


For info, kalau korang nak diet yang tak drastik sangat korang boleh try program diet Kevin Zahri "Panduan Kurangkan 5 Kilo Dalam 5 Minggu". Tapi kena la beli dia punya e-book dulu. Tak mahal pun. Modal dalam RM20-RM30 je. http://kevinzahri.com/ebooks/lose-5kg-5-weeks .











Tuesday 1 November 2011

Crash Diet: Day 27 - 28 (29-30/10/2011)

Nampaknya selesai sudah program "Crash Diet" ni. Letih gak nak habiskan tempoh 28 hari. Overall performance tak seperti yang diharapkan. Gagal capai target nak turun 15KG. Tapi camane pun tetap bersyukur sebab dah turun 10KG dalam 28 hari. Badan dah nampak susut sikit. Perut pun dah tak kembong lagi. Selamat tinggal perut buncit....he3x.

3/10/2011


31/10/2011

3/10/2011

31/10/2011

Lepas ni nak cuba diet style lain pulak. Taknak guna ubat dah. Rasa macam nak ikut pelan diet "Kevin Zahri". Dah beli e-book dia "Panduan Kurangkan 5KG Dalam 5 Minggu". Sekarang ni tengah study teknik2 kurangkan berat melalui e-book tu. Kena start terapkan peribahasa ni dalam diri. "Hendak 1,000 daya, tak hendak 1,000 dalih".


 

BREAKFAST.
Day 27-28 breakfast makan biskut Tiger Susu 2 keping dan minum nescafe O kosong 1 gelas besar. Cuti hujung minggu ni rasa malas pulak nak keluar beli buah2an. Makan biskut pun jadi la.





LUNCH.
Day 27-28 lunch minum air kosong je sambil lepak2 kat rumah. 





DINNER.
Day 27&28 dinner masak ayam bakar. Dah beli non-stick frying pan. Lepas ni senang sikit nak masak apa2 tanpa guna minyak. Tak melekat beb.








EXERCISE.
Day 27 exercise berjalan kaki kat taman selama 1 jam.

Day 28 exercise pukul bola golf 100 biji kat driving range.





DIET PILLS.
Sama je macam selalu:

Day 27-28 : 1 biji ubat tahan lapar (1 hour before breakfast).
Day 27-28 : 3 biji ubat pecah lemak (after breakfast, lunch & dinner).
Day 28 : 2 biji ubat cuci perut (after dinner).


TAMAT sudah episode Crash Diet ni….jumpa di episode lain pulak lepas ni.

Sunday 30 October 2011

Crash Diet: Day 23 - 26 (25-28/10/2011)


Berapa hari dah tak update blog ni. Bizi skit lepas balik dari Kuching. Berat pun tak sempat timbang. Rasanya tak turun banyak minggu terakhir ni. Gara2 terlebih makan seafood. Berlemak, berminyak dan macam2 ber lagi la.

BREAKFAST.
Day 23-25 dapat maintain breakfast makan tembikai dan minum air kopi O kosong. Member2 semua cakap sia2 je duduk kat hotel kalau setakat makan buah masa breakfast. ngee..



Day 26 breakfast dah kat Kota Kinabalu. Join member2 ofis pegi kedai mamak. Rindu pulak kat diorang. 6 hari tak jumpa. Nak gak dengar gosip2 baru kat opis. he3x. Kat kedai minum kopi O kosong je sebab ada bawak bekal jambu batu dari rumah.




LUNCH.
Day 23-25 lunch time naik bilik hotel. Layan TV sambil baring2. Member2 lain semua pegi makan lunch kat cafe hotel. hui sedapnye..

Day 26 lunch atas flight. Mula2 memang ingat taknak makan. Tapi aroma makanan kat atas flight ni lain macam sikit. Last2 tak boleh tahan gak. Ambil menu nasi goreng dengan ayam. Makan ayam je. Minum kopi O kosong.



DINNER.
Day 23 dinner makan seafood kat Top Spot Kuching untuk kali ke 2 berturut2. Ada bos nak belanja la pulak. Layan je la. Tapi tak berani nak makan nasi. Ratah lauk je. 2 hari makan seafood ni tah berapa banyak la kalori dan kolesterol yang dah masuk dalam perut.



Day 24 dinner masih kat Kuching. Ada bos bawak makan kat RJ Ayam Bakar. Order ayam bakar 2 ketul. Makan sampai tinggal tulang. Menu yang best kat sini ayam bakar dan ayam penyet kot.



Day 25 dinner dah kat rumah. Masak ayam bakar. Malas nak susah2. Janji boleh telan.



Day 26 mama ajak dinner luar. Makan kat Retoran Lembah Impian Kota Kinabalu. Order chicken chop dengan kopi O kosong.



EXERCISE.
Day 23 masih buat aerobic ikut VCD “Flat Stomach in 28 days” dalam bilik hotel.

Day 24&25 dapat tukar ke Hotel Grand Margherita Kuching. Yang bestnye kat hotel ni ada Cardio Room. Day 24 exercise dari jam 5.30pm sampai 6.30pm. Satu jam jalan atas treadmill. Day 25 bangun awal sebab nak exercise lagi. Start 6.30am sampai 7.30am. Kalau dikira Day 24&25 ni dah jalan kaki hampir 10km dan bakar lebih 600kalori. Banyak tu...





Day 26 tak exercise. Kaki rasa lenguh2 pulak. Mungkin sebab teruk sangat exercise masa Day 24&25.


DIET PILLS.
Sama je macam selalu:

Day 23-26 : 1 biji ubat tahan lapar (1 hour before breakfast).
Day 23-26 : 3 biji ubat pecah lemak (after breakfast, lunch & dinner).
Day 24&26 : 2 biji ubat cuci perut (after dinner).


Chow chin chow….