Tahukah uols tiap kali balik klang, aktiviti wajib mama dan papa adalah pegi jusco. Tak sah kalau tak pegi sebab tahukah uols kat sabah takde jusco T__T. Frust tau mama. Tahukah uols bila kitorang pegi mesti berjam-jam masa abis kat situ sebab nak cover ke'frust'an hati yang dah berbulan-bulan tak jejak jusco. Tahukah uols $$$ pun mengalir macam air time tu :(
Ishh sudah-sudahlah mengarut kan. Ni nak cite masa balik klang hari tu sempat jugak menjengah ke jusco Bukit Tinggi sebelum balik trg. Masa lalu kat bahagian golf accessories tiba-tiba ternampak set golf untuk budak-budak harganya RM299, murah kata papa.
Tahukah uols yang abang minat golf? Membuak-buak perasaan papa nak belikan untuk abang. Bincang-bincang tak sampai 5 minit, terus bergerak ke kaunter pembayaran.
Pastu balik nak buat surprise la kat dia konon. Sebelum ni dia selalu usha-usha kat dalam kedai golf kalau kitorang pegi driving range. Mesti dia tak sangka mama dan papa sanggup belikan untuk dia...eh papa yang bayar jadi papa la yang belikan kot. Mama macam biasa tukang bagi support je hehe :P
So abang, this is for you...
Suka sangat dia dan dia sangat suka mendapat hadiah ni. Tengoklah wajah riaknya posing dengan set golf tu yang seolah-olah berkata "set golf ini aku yang punya...bukan ahmad albab yang punya tau".
Kitorang takdelah mengharapkan dia akan jadi star macam Tiger Woods ke ape. Just nak bagi dia galakan untuk something yang dia minat. Kalaulah satu hari nanti dia betul-betul jadi pro syukur alhamdulillah la kan. Apepun doakan yang terbaik untuk anak-anak itu yang paling penting kan :)
saya sokong sepenuh nya papa belikan untuk abang... xrugi..itu adalah satu pelaburan. mudah2an abg jadi seorang yg pro suatu hari nanti ok..
ReplyDeleteMudah2an...
ReplyDelete