Powered By Blogger

Saturday 28 May 2011

Syok Holiday @ Sabah : Part 2

Bersambung lagi entry jalan-jalan.
Destinasi seterusnya jauh sikit, terletak di bahagian timur negeri Sabah iaitu Sandakan.

Ni hujung Dec tahun lepas punye cerita...belum basi lagi kot untuk di share kat sini. Actually papa & mama kena stocktake @ kira stok fizikal kat gudang. Sengaja kitorang pilih cawangan yang sama sebab nak jenjalan punya pasal. Tiket mama & papa free...hotel pun free. So kitorang just top up tiket untuk abang & adik je. Dah dapat save budget. 

Kalau korang naik kapal terbang pegi Sandakan, jangan segan silu jenguk ke luar tingkap. Kalau bernasib baik macam kitorang boleh nampak puncak gunung Kinabalu di sebalik awan-awan tu. Kalau dah nampak, lagi sekali jangan segan silu untuk snap gambarnya. Bukan senang nak dapat peluang tengok pemandangan cantik macam kat bawah ni...


Cantik kan.


Sepanjang masa bekerja, makan kami di sponsor oleh cawangan Sandakan...save lagik hehe. Time lunch diorang bawak kitorang makan ikan bakar kat pasar Buli Sim Sim yang memang terkenal kat Sabah ni. Memang mabeles la, dan murah jugak. Tq to Kak Norlailah, ketua cawangan Sandakan for the spent. Tapi takde snap pic la pulak kat sini...nyesal. Kalau pegi Sandakan this is a must-visit place okeh. Hurmm bestnya. Nanti nak pegi lagi la...eceh macam dekat.

Gambar hiasan semata-mata.
 Saje nak bagi korang terliur.

Untuk dinner sekali lagi kak Norlailah spent kitorang makan seafood kat restoran ape tah namanya, lupa la pulak tapi rasa-rasanya kat area Batu Sapi. Best seafood kat sini...bertambah2 best sebab free ;=)

By the way, nak tau kenape nama tempat tu Batu Sapi ?

Sebab batu ni yang menyerupai sapi.

Dah selesai keje baru la start sesi jenjalan bersama famili. Jom follow kitorang tengok tempat-tempat menarik kat Sandakan ni.

Sepilok - Orang Utan Rehabilitation Centre

Menjadi tujuan utama kitorang nak bawak abang & adik datang sini, walhal dah penah tengok pun orang utan masa pegi zoo Lok Kawi dulu. Mula-mula sampai, alamak dah terlepas pulak feeding time dia. Staf kat entrance cakap kalau masuk pun sia-sia je sebab takkan nampak orang utannya. So kitorang berposing jela dulu kat luar tu.




Sebab dah hajat di hati nak tengok spesis ni kat Sepilok, sanggup kitorang datang balik jam 2 ptg. Tunggu punya tunggu punya tunggu, 2 ekor je yang keluar...plus seekor si anak yang didokong oleh maknya. Tanya kat staf situ, dia kata maybe yang lain-lain tu dah kenyang sebab tu tak keluar. So 3 beranak tu jelah yang tengah kelaparan kot. 

Sungguh sabar menunggu orang utan keluar.
Akhirnya 3 beranak ni je yang keluar.
Harus kekenyangan yang amat sebab yang lain tak muncul.

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Bila dah sampai Sepilok, rugi lak rasanya kalau tak singgah kat Labuk Bay ni sekali. Perasan tak ada spesis monyet yang hidung panjang tu...haa itulah monyet proboscis namanya. Memang banyak bilangan monyet tu kat sini. Kemain suka abang & adik tengok monyet ni bergayut kat pokok pastu ramai-ramai mengadap pisang. Kat sini pun of courselah ada feeding time nye. Kalau tak monyet-monyet tu takdela nak keluar. Nasib baik masa kitorang sampai ngam-ngam timing dia.

Gambar dari kejauhan. Tak nampak muka proboscis ?
Close up sikit lagi. Masih tak nampak ?
Tu dia aihh...kemain besor lagi idung. Yang ni kitorang bagi gelaran "King of Proboscis".

Ada gak monyet yang dibiar bebas naik ke platform pengunjung. Takut jugak nak dekat sebab monyet-monyet ni bukan jinak pun. Bila berjalan mata kena selalu pandang bawah kot-kot terpijak pulak bahan-bahan buangan kat lantai nanti.

Ni bukan proboscis. Tapi agak menakutkan muka dia.
Good bye Labuk Bay. Good bye proboscis monkey.

Sandakan Crocodile Farm

Rasanya takde nak cite banyak pasal tempat ni sebab tak banyak beza pun dengan Tuaran Crocodile Farm yang kitorang pegi dulu. Pertunjukan buaya kat sini pun sama je macam kat Tuaran. Cuma buaya kat Sandakan lagi besar dan ganas. Asyik la nak terkam orang yang buat show tu...ish ish.




Haiwan-haiwan lain pun ada banyak tapi kitorang tak pegi tengok pun. Just tengok buaya je tu pun sebab tempat buaya kat depan-depan. Dah penat satu hal...lagipun dah tak excited sangat nak tengok sebab benda yang sama je kan.

So sekejap jela menyinggah kat sini. Pastu terus angkat kaki dan balik ke pusat bandar nak cari tempat makan lak.


Dah abis makan terus bertolak ke airport Sandakan untuk berangkat pulang ke KK. Penat giler tapi yang penting happy dapat menghabiskan masa dengan famili.

End of Part 2.

Tuesday 24 May 2011

The Next Alex Ferguson


Alex Ferguson bersama piala kejuaraan EPL kali ke-19.
 
Sebelum ni dah ada Tiger Woods. Sekarang Alex Ferguson pulak ? Dasyat...
Dulu tu cite pasal golf. Sekarang pasal futsal pulak.

Papa dan sukan bola memang tak boleh dipisahkan. Asal ada game MU kat ESPN jawabnya melopong jela abang kalau nak tengok Disney channel. Zaman sekolah dolu-dolu papa pernah wakil negeri Selangor tu (bawah umur 14 tahun)...tapi sayang bakat tu tak dikembangkan. Kalau tak mungkin papa dah main untuk Selangor sama-sama ngan Bambang Pamungkas dulu...haha. Sebab tulah agaknya papa tak tolak bila dilantik jadik team manager aka coach untuk region Sabah dalam tournament futsal piala MD Bernas. Bukan calang-calang tournament...ada 20 team yang ambik bahagian dari seluruh pelusuk negara.

Tournament tu berlangsung pada 30 April yang lalu kat Kuching, Sarawak.

Papa komited dengan sesi training dari awal Mac lagik. Tiap-tiap Sabtu-Ahad. Dapat keluar ngan famili pun kejap je...makan pun kena cepat-cepat sampai nak tersedak dibuatnya sebab rushing nak ajak balik. Sampai macam tu sekali. Tapi tu okey lagik.

Bila nak dekat tournament, lagi sentap dibuatnya sebab tiap-tiap hari ada training. Lepas keje balik umah mandi pastu keluar balik. Kul 10-11 malam baru balik. Sabtu-Ahad pun sama..pagi-petang-malam asyik la dengan training. Memang mama tarik muncung 3 inci masa tu. Tapi dalam hati tetap merelakan minat dan komitmen papa tu.

Hasilnya papa berjaya membimbing team Sabah A mendapat tempat ke-3 keseluruhan dalam tournament tu. Okey what...ingatkan antara team tercorot...hahaha.

Gambar-gambar kat bawah ni diambil sekitar tournament tu...

Bergambar dgn bas yg bwk diorg jalan2 sekitar bandaraya Kuching.


Team Sabah A


Team Sabah B


Sedang merancang strategi untuk menang.


Menerima piala untuk tempat ke-3.
 

Yang paling best bila papa turut dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik untuk kejohanan kali ni. Macam tak percaya mulanya tapi kembang kempis gak lubang idung bangga dengan pencapaian papa yang tak seberapa ni...ececeh.

Tahniah papa. We're so proud of u. Trofi tersebut kini telahpun di'display'kan di ofis papa sebagai pembakar semangat untuk merangkul kejuaraan dalam next tournament. Erkk...papa jadik coach lagi ke next year ?


Inilah dia Jurulatih Terbaik kejohanan.


Trofi kebanggaan papa.



Lastly ole-ole dari Sarawak untuk isteri & anak-anak. Sebelum ni kalau papa outstation ke sana tak penah lak nak mintak itu ini...hihi. Tak tau nak mintak belikan ape...kek lapis la paling glamer kat Sarawak kan. Satu kotak papa beli. Sampai sekarang pun tak abis makan lagi.

Kek lapis pelbagai perisa.

 Dengar-dengar tournament next year giliran Sabah jadik tuan rumah.
Nampak gaya busy berganda-ganda la papa sebab diorang target untuk jadik champion di tempat sendiri. Adusssss.......


Monday 2 May 2011

Syok Holiday @ Sabah : Part 1

Bukan senang nak datang Sabah.
Memang rugi besar la kalau tak ambik kesempatan pusing-pusing negeri ni sementara tinggal kat sini kan. Mana tau bila dah balik semenanjung nanti, takde chance nak datang sini lagi dah.
Jom saksikan tempat-tempat menarik yang dah kitorang kunjungi sepanjang dekat setahun kat sini...

  • Tuaran Crocodile Farm


Dah nama pun crocodile farm, mestilah tarikan utamanya pertunjukan buaya. 1st time abang dan adik tengok buaya live.



Kalau ada yang nak bergambar dengan buaya pun boleh. Tengok kitorang berani tak...?


Buaya betul tu...tapi dah diawet la. Tapi the real buaya jugak kan...? Haha...

Bukan setakat buaya, spesies haiwan-haiwan lain pun ada. Kira macam zoo jugak. 



Punyalah banyak lagi haiwan lain tapi ikan-ikan ni gak yang papa snap. Tau la papa minat nak bela ikan dalam akuarium.


Paling abang suka yang kat bawah ni, tak tau ape nama saintifiknya tapi spesies rusa kot. 


Jangan tak caya...rumah panjang & pertunjukan kebudayaan pun ada.

 


Sanggup beratur lagi nak ambik gambar dengan diorang ni.



  • Lok Kawi Wildlife Park, Putatan

Atau lebih dikenali dengan Zoo Lok Kawi...kawasannya luas. Harimau, gajah, orang utan dan segala bagai haiwan buas pun ada. 




Penat jalan kaki pusing tempat ni. Actually ada scheduled train yang boleh bawak kita pusing-pusing kat dalam. Tapi berlagak taknak naik...last-last lembik. Next time bila nak datang lagi wajib naik train tu. Serik...

Tapi bukan train kat bawah ni...yang abang & adik naik ni replika je.


  • Kundasang
Sape-sape yang datang Sabah wajib datang sini ok coz di sinilah terletaknya Gunung Kinabalu yang masyhur tu. Hijau, sejuk & cantik...itulah Kundasang. Memang best.

Sedikit nasihat kalau nak datang sini on day trip, elok pepagi skit coz time tu kabus belum tebal so boleh nampak puncak gunung. Tapi depends gak la...ikut nasib.

1st time pegi kitorang stay kat Kinabalu Pine Resort yang mana setiap biliknya viewing the gunung. Tapi nasib kitorang dapat bilik yang paling bawah sebab dah last minit booking...so tak berapa best. Kalau dapat yang kat atas bukit sikit baru cantik dia punye view.



Nampak gunung yang kat belakang tu ? Itulah Gunung Kinabalu.

Tak sah kalau tak singgah di Kinabalu Park. Sape-sape yang nak panjat Gunung Kinabalu tu, kat sinilah entrance nye.




Frust time ni dah tak nampak puncak gunung kat belakang tu sebab dah berkabus. Nampak macam bukit je kan..

2nd time datang sini masa family day company mama. Kali ni company sponsor pakej percutian kat Zen Garden Resort Kundasang yang sangatlah wonderful & beautiful tempatnya. Best sebab free kan...hehe.





Sampai sekarang masih lagi terbayang-bayang kecantikan tempat ni.


  • Ranau
Alang-alang dah sampai Kundasang, lajaklah sikit ke Ranau yang lebih kurang 40 minit dari Kundasang. Tempat menarik kat sini ialah kawasan rekreasi mata air panas kat Poring Hot Spring.


 Sebelum masuk singgah dulu kat visitor centre, nak tanya jauh ke kena jalan masuk ke tempat mata air tu. Dalam 5-10 minit katanya.






Kena lalu kat jambatan gantung yang bergoyang-goyang tu...ketaq lutut mama padahal pendek je pun jambatan tu.  




Ramai sangat orang masa kitorang pegi, sampaikan penuh tempat nak berendam tu. Tapi bukan kitorang nak bermandi manda pun...cukuplah just rendam kaki, well just nak rasa tahap kepanasan airnya. Panaaaass wehh...tah camane diorang boleh berendam dalam tu lama-lama, yang buat aksi terjun macam mandi kat waterfall pun ada.


Cukup la dulu setakat ni kot untuk part 1. Nanti kalau panjang sangat boring pulak nak baca kan. Part-part yang seterusnya will be coming soon....