Memang rugi besar la kalau tak ambik kesempatan pusing-pusing negeri ni sementara tinggal kat sini kan. Mana tau bila dah balik semenanjung nanti, takde chance nak datang sini lagi dah.
Jom saksikan tempat-tempat menarik yang dah kitorang kunjungi sepanjang dekat setahun kat sini...
- Tuaran Crocodile Farm
Dah nama pun crocodile farm, mestilah tarikan utamanya pertunjukan buaya. 1st time abang dan adik tengok buaya live.
Kalau ada yang nak bergambar dengan buaya pun boleh. Tengok kitorang berani tak...?
Buaya betul tu...tapi dah diawet la. Tapi the real buaya jugak kan...? Haha...
Bukan setakat buaya, spesies haiwan-haiwan lain pun ada. Kira macam zoo jugak.
Punyalah banyak lagi haiwan lain tapi ikan-ikan ni gak yang papa snap. Tau la papa minat nak bela ikan dalam akuarium.
Paling abang suka yang kat bawah ni, tak tau ape nama saintifiknya tapi spesies rusa kot.
Jangan tak caya...rumah panjang & pertunjukan kebudayaan pun ada.
Sanggup beratur lagi nak ambik gambar dengan diorang ni.
- Lok Kawi Wildlife Park, Putatan
Atau lebih dikenali dengan Zoo Lok Kawi...kawasannya luas. Harimau, gajah, orang utan dan segala bagai haiwan buas pun ada.
Penat jalan kaki pusing tempat ni. Actually ada scheduled train yang boleh bawak kita pusing-pusing kat dalam. Tapi berlagak taknak naik...last-last lembik. Next time bila nak datang lagi wajib naik train tu. Serik...
Tapi bukan train kat bawah ni...yang abang & adik naik ni replika je.
- Kundasang
Sedikit nasihat kalau nak datang sini on day trip, elok pepagi skit coz time tu kabus belum tebal so boleh nampak puncak gunung. Tapi depends gak la...ikut nasib.
1st time pegi kitorang stay kat Kinabalu Pine Resort yang mana setiap biliknya viewing the gunung. Tapi nasib kitorang dapat bilik yang paling bawah sebab dah last minit booking...so tak berapa best. Kalau dapat yang kat atas bukit sikit baru cantik dia punye view.
Nampak gunung yang kat belakang tu ? Itulah Gunung Kinabalu.
Tak sah kalau tak singgah di Kinabalu Park. Sape-sape yang nak panjat Gunung Kinabalu tu, kat sinilah entrance nye.
Frust time ni dah tak nampak puncak gunung kat belakang tu sebab dah berkabus. Nampak macam bukit je kan..
2nd time datang sini masa family day company mama. Kali ni company sponsor pakej percutian kat Zen Garden Resort Kundasang yang sangatlah wonderful & beautiful tempatnya. Best sebab free kan...hehe.
Sampai sekarang masih lagi terbayang-bayang kecantikan tempat ni.
- Ranau
Sebelum masuk singgah dulu kat visitor centre, nak tanya jauh ke kena jalan masuk ke tempat mata air tu. Dalam 5-10 minit katanya.
Kena lalu kat jambatan gantung yang bergoyang-goyang tu...ketaq lutut mama padahal pendek je pun jambatan tu.
Ramai sangat orang masa kitorang pegi, sampaikan penuh tempat nak berendam tu. Tapi bukan kitorang nak bermandi manda pun...cukuplah just rendam kaki, well just nak rasa tahap kepanasan airnya. Panaaaass wehh...tah camane diorang boleh berendam dalam tu lama-lama, yang buat aksi terjun macam mandi kat waterfall pun ada.
Cukup la dulu setakat ni kot untuk part 1. Nanti kalau panjang sangat boring pulak nak baca kan. Part-part yang seterusnya will be coming soon....
No comments:
Post a Comment