Powered By Blogger

Sunday, 30 October 2011

Crash Diet: Day 23 - 26 (25-28/10/2011)


Berapa hari dah tak update blog ni. Bizi skit lepas balik dari Kuching. Berat pun tak sempat timbang. Rasanya tak turun banyak minggu terakhir ni. Gara2 terlebih makan seafood. Berlemak, berminyak dan macam2 ber lagi la.

BREAKFAST.
Day 23-25 dapat maintain breakfast makan tembikai dan minum air kopi O kosong. Member2 semua cakap sia2 je duduk kat hotel kalau setakat makan buah masa breakfast. ngee..



Day 26 breakfast dah kat Kota Kinabalu. Join member2 ofis pegi kedai mamak. Rindu pulak kat diorang. 6 hari tak jumpa. Nak gak dengar gosip2 baru kat opis. he3x. Kat kedai minum kopi O kosong je sebab ada bawak bekal jambu batu dari rumah.




LUNCH.
Day 23-25 lunch time naik bilik hotel. Layan TV sambil baring2. Member2 lain semua pegi makan lunch kat cafe hotel. hui sedapnye..

Day 26 lunch atas flight. Mula2 memang ingat taknak makan. Tapi aroma makanan kat atas flight ni lain macam sikit. Last2 tak boleh tahan gak. Ambil menu nasi goreng dengan ayam. Makan ayam je. Minum kopi O kosong.



DINNER.
Day 23 dinner makan seafood kat Top Spot Kuching untuk kali ke 2 berturut2. Ada bos nak belanja la pulak. Layan je la. Tapi tak berani nak makan nasi. Ratah lauk je. 2 hari makan seafood ni tah berapa banyak la kalori dan kolesterol yang dah masuk dalam perut.



Day 24 dinner masih kat Kuching. Ada bos bawak makan kat RJ Ayam Bakar. Order ayam bakar 2 ketul. Makan sampai tinggal tulang. Menu yang best kat sini ayam bakar dan ayam penyet kot.



Day 25 dinner dah kat rumah. Masak ayam bakar. Malas nak susah2. Janji boleh telan.



Day 26 mama ajak dinner luar. Makan kat Retoran Lembah Impian Kota Kinabalu. Order chicken chop dengan kopi O kosong.



EXERCISE.
Day 23 masih buat aerobic ikut VCD “Flat Stomach in 28 days” dalam bilik hotel.

Day 24&25 dapat tukar ke Hotel Grand Margherita Kuching. Yang bestnye kat hotel ni ada Cardio Room. Day 24 exercise dari jam 5.30pm sampai 6.30pm. Satu jam jalan atas treadmill. Day 25 bangun awal sebab nak exercise lagi. Start 6.30am sampai 7.30am. Kalau dikira Day 24&25 ni dah jalan kaki hampir 10km dan bakar lebih 600kalori. Banyak tu...





Day 26 tak exercise. Kaki rasa lenguh2 pulak. Mungkin sebab teruk sangat exercise masa Day 24&25.


DIET PILLS.
Sama je macam selalu:

Day 23-26 : 1 biji ubat tahan lapar (1 hour before breakfast).
Day 23-26 : 3 biji ubat pecah lemak (after breakfast, lunch & dinner).
Day 24&26 : 2 biji ubat cuci perut (after dinner).


Chow chin chow….

No comments:

Post a Comment