Powered By Blogger

Wednesday 19 October 2011

Crash Diet: Day 15 & 16 (17&18/10/2011)


Nampaknya program diet fasa 1 (week 1 & 2) dah selesai. Dah masuk fasa 2 (week 3 & 4) pulak. Rupanya ada gak member2 kat ofis yang dah mula perasan dan kata "eh..you nampak macam dah slim sikit la. baju & seluar pun dah nampak longgar". Dengan rendah dirinya menjawab "mana ada slim. ni pakai baju & seluar saiz besar la". kwang3x. 

Target fasa 2 ni nak turun lagi 9KG. Kena double-up kan usaha. Nak set dalam otak konon2 kalau berjaya turun lagi 9KG ni dapat hadiah duit RM 1 juta...ha3x.. Dalam mimpi je la. Macam angan2 mat jenin.



BREAKFAST.
Untuk fasa 2 ni ada perubahan sikit dari segi pengambilan breakfast. Menu sama je macam fasa 1. Cuma kena gilir2 hari dengan buah2an (tembikai & jambu je boleh). Contoh kalau hari ni makan roti bakar esoknya pulak makan jambu la. Minum tetap kopi O je yang dibenarkan. 


Ubat pulak sama je dengan fasa 1. Ubat tahan lapar telan 1 jam sebelum breakfast. Ubat pecah lemak telan lepas breakfast.

So, Day 15 breakfast kat kedai mamak. Makan tosei dan minum kopi O kosong. 


Day 16 breakfast minum kopi O kosong je. Takde makan sebab semalamnya lupa nak beli buah. Pagi2 ni mana ada kedai jual buah-buahan time breakfast.



LUNCH.
Untuk fasa 2 lunch tetap tak boleh makan apa2. Minum air kosong je la. Cuma ada tambahan ubat pecah lemak. Kiranya sehari kena makan 3 biji ubat pecah lemak. Pagi 1. Tengahari 1. Malam 1. Ubat pecah lemak untuk tengahari ni biasanya telan dalam jam 2pm.


Day 15 & 16 lunch teguk air kosong je.



DINNER.
Untuk dinner pun takde perubahan menu. Ubat pun sama je. Ubat pecah lemak 1 biji selepas dinner. Ubat cuci perut selang sehari (2 biji lepas dinner).

Day 15 masak ayam bakar lagi. Bukan apa. Nak cepat habiskan aluminium foil tu.


Day 16 makan kat kedai. Mama ajak kongsi dengan dia chicken chop. Alamak dah la berminyak. Ada kulit ayam dan mayonnaise pulak tu. Nasib baik makan separuh je. Balik rumah cepat2 telan ubat pecah lemak dan ubat cuci perut. Harap2 dapat la dicuci lemak2 dan minyak2 dari chicken chop tadi tu.



EXERCISE.
Untuk fasa 1 memang doktor tak bagi kita exercise sebenarnya. Exercise cuma mula bila masuk fasa 2. Kira selepas 2 minggu kita diet la. Mungkin masa ni badan kita dah mula serasi dengan diet kita kot. Exercise ni kita kena buat 3 kali/sesi seminggu. 1 sesi dalam 30minit. Doktor syorkan 10minit : warm up, 10minit : stomach & back, 10minit : buttock & thigh. Masa yang sesuai untuk exercise ialah 1 jam sebelum dinner atau 2 jam selepas dinner. Kalau lepas dinner terus exercise mau terkeluar balik makanan yang kita makan masa dinner tu. eee...yuk...

Day 15 & 16 buat senaman aerobic ikut VCD “Flat Stomach in 28 days”. Tak sangka pulak buat aerobic 30minit ni pun dah mencurah-curah peluh keluar. Syok jugak rupanya buat senaman aerobik ni. One Two Three Four..One Two Three Four...kah3x.





Takat ni je….

No comments:

Post a Comment