Powered By Blogger

Sunday 16 October 2011

Crash Diet: Day 12 & 13 (14 & 15/10/2011)


Day 12 & 13 program diet berjalan lancar kecuali sedikit gangguan pada Day 12 oleh ahli keluarga terdekat. Boleh pulak dia ajak pergi lunch. Pastu suruh tengok je dia makan. Boleh ke camtu? Siapa ye dia ni..jeng3x. Lu pikir la sendiri..

 
BREAKFAST.
Day 12 breakfast kat kedai mamak dengan member2 ofis macam biasa. Kitorang memang pagi2 sebelum office hour akan breakfast dulu sama2. Ingat nak bakar roti kat rumah tapi roti pulak habis. Lupa nak beli. Sampai kedai mamak ingat nak order tosei. Sekali tukang ambil order tu kata tosei habis sudah. Bahasa Sabah la pulak kan. So, pagi tu breakfast teguk air kopi O kosong je la. Naik ofis makan je ubat pecah lemak walaupun perut takde isi apa2. Harap2 ubat tahan lapar yang makan 1 jam sebelum breakfast tu dapat la bertahan sampai dinner.


Day 13 breakfast kat rumah. Off day la katakan. Menu wajib la apa lagi. Roti bakar dengan Nescafe O kosong. Pastu telan ubat pecah lemak. Hari Sabtu ni seperti biasa kena jadi baby sitter kat rumah untuk half day sebab mama pergi kerja.

LUNCH.
Day 12 ingat nak lunch air kosong je. Tetiba lepas jumaat ada ahli keluarga terdekat ajak teman dia lunch. Takde geng katanya. Kesian pulak. Biasanya perut dia ni senang masuk angin kalau tak makan. Nanti pitam la, gelap mata la bagai. Nak tak nak terpaksa la pegi. Sampai kat kedai boleh dia kata order je la air kosong. Tengok je dia makan sorang. Ada ke patut macam tu. Dia order char kue teow dengan iced mocha. Takkan nak tengok je kan. Pikir punya pikir last2 terorder gak roti bakar dengan kopi O. Ni la antara gangguan2 masa kita tengah diet ni. Sabor je la kan. 




DINNER.
Disebabkan hari timbangan semakin hampir Day 12 & 13 masak makanan kukus je. Bila masak kukus2 ni teringat pulak masa diet dulu2. Dulu senang kalau nak makan makanan kukus ni order je kat mak. Mak akan masakkan. Tapi skarang dah duduk jauh ni kena la masak sendiri.
Nak suruh mama dia tak confident la pulak nak masak kukus2 ni. Bukan kepakaran dia katanya. Jadi terpaksa la reka sendiri resepi hentam2 saja. Letak halia dengan cili merah. Memang la rasa dia kureng sikit tapi belasah je la kan. Janji kenyang. Lepas dinner makan ubat pecah lemak. Ubat cuci perut Day 12 je la makan. Kan kena selang sehari.

Day 12 : Ayam kukus makan dengan chilli sauce & black pepper sauce.
 
Day 13 : Ayam & Ikan kukus.

EXERCISE.
Day 12 ingat nak exercise aerobic sikit sebelum tidur. Konon2 lepas tengok live kat RTM1 game Selangor vs Perak la. Last2 tertido terus.Sedar2 dah pagi.

Day 13 bawak anak2 sekali pegi Perdana Park, Tanjung Aru. Diorang main kat playground. Mama diorang jaga. Jadi dapat la slow jog dan jalan kaki pusing taman tu 30minit. Lencun gak la baju. Kalau tak terbakar juga lemak tak tau la.



Tu je la.......

No comments:

Post a Comment