Powered By Blogger

Thursday, 2 June 2011

Tinggi - Tinggi Gunung Kinabalu (Part 1).

Dalam entri kali ni kitorang nak cerita pengalaman papa masa dia panjat Kinabalu last year. Orang kata bila dah kat Sabah rugi la kalau tak sampai puncak Kinabalu..

Kalau korang nak tahu Gunung Kinabalu adalah puncak tertinggi di Malaysia dan di Pulau Borneo..tingginya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Mula2 korang layan dulu gambar2 puncak Kinabalu ni........

View dari Kinabalu Park. Tak nampak sebab berkabus.


Dari Zen Garden Resort. Clear gak skit.


Dari Timpohon Gate. Lebih clear.

Dari udara.

Pastu korang layan plak lagu ni.."Sayang Kinabalu"




Kalau ada sape2 yang berhajat nak menakluk Kinabalu ni, dinasihatkan agar korang betul2 buat persediaan mental dan fizikal..jangan jadi macam papa lak nanti..

Papa kata serik dah nak panjat Kinabalu sebab aktiviti ni memang terlalu memenatkan. Maklumla papa tu dah la tak fit (obes..hehehe). Persediaan pulak tak banyak..cuma sebulan sebelum mendaki tu ada la papa ke gym. Tu pun setakat lari-lari atas trademill je.

Walau apa2 pun papa dah berjaya sampai ke puncak Kinabalu. Buktinya pada gambar di bawah ni. Congratulation papa dan semua team dia yang berjaya sampai kat sana.


Papa dan gengnya di puncak Kinabalu..Ni bukan gambar super impose tau.

Gambar kenangan sebelum mula pendakian.


Nantikan entri seterusnya Part 2, Part 3, Part 4.......tak tau sampai part berapa. Kitorang akan ceritakan pengalaman papa dan tips2 penting sebagai persediaan untuk menawan Kinabalu...Adios...

1 comment:

  1. cantiknya pemandangan kat gunung kinabalu..kalau kak ani yg mendaki..ha 2x..1 bulan duk kat PPUM..

    ReplyDelete