Destinasi seterusnya jauh sikit, terletak di bahagian timur negeri Sabah iaitu Sandakan.
Ni hujung Dec tahun lepas punye cerita...belum basi lagi kot untuk di share kat sini. Actually papa & mama kena stocktake @ kira stok fizikal kat gudang. Sengaja kitorang pilih cawangan yang sama sebab nak jenjalan punya pasal. Tiket mama & papa free...hotel pun free. So kitorang just top up tiket untuk abang & adik je. Dah dapat save budget.
Kalau korang naik kapal terbang pegi Sandakan, jangan segan silu jenguk ke luar tingkap. Kalau bernasib baik macam kitorang boleh nampak puncak gunung Kinabalu di sebalik awan-awan tu. Kalau dah nampak, lagi sekali jangan segan silu untuk snap gambarnya. Bukan senang nak dapat peluang tengok pemandangan cantik macam kat bawah ni...
Cantik kan. |
Sepanjang masa bekerja, makan kami di sponsor oleh cawangan Sandakan...save lagik hehe. Time lunch diorang bawak kitorang makan ikan bakar kat pasar Buli Sim Sim yang memang terkenal kat Sabah ni. Memang mabeles la, dan murah jugak. Tq to Kak Norlailah, ketua cawangan Sandakan for the spent. Tapi takde snap pic la pulak kat sini...nyesal. Kalau pegi Sandakan this is a must-visit place okeh. Hurmm bestnya. Nanti nak pegi lagi la...eceh macam dekat.
Gambar hiasan semata-mata. Saje nak bagi korang terliur. |
Untuk dinner sekali lagi kak Norlailah spent kitorang makan seafood kat restoran ape tah namanya, lupa la pulak tapi rasa-rasanya kat area Batu Sapi. Best seafood kat sini...bertambah2 best sebab free ;=)
By the way, nak tau kenape nama tempat tu Batu Sapi ?
Sebab batu ni yang menyerupai sapi. |
Dah selesai keje baru la start sesi jenjalan bersama famili. Jom follow kitorang tengok tempat-tempat menarik kat Sandakan ni.
Sepilok - Orang Utan Rehabilitation Centre
Menjadi tujuan utama kitorang nak bawak abang & adik datang sini, walhal dah penah tengok pun orang utan masa pegi zoo Lok Kawi dulu. Mula-mula sampai, alamak dah terlepas pulak feeding time dia. Staf kat entrance cakap kalau masuk pun sia-sia je sebab takkan nampak orang utannya. So kitorang berposing jela dulu kat luar tu.
Sebab dah hajat di hati nak tengok spesis ni kat Sepilok, sanggup kitorang datang balik jam 2 ptg. Tunggu punya tunggu punya tunggu, 2 ekor je yang keluar...plus seekor si anak yang didokong oleh maknya. Tanya kat staf situ, dia kata maybe yang lain-lain tu dah kenyang sebab tu tak keluar. So 3 beranak tu jelah yang tengah kelaparan kot.
Sungguh sabar menunggu orang utan keluar. |
Akhirnya 3 beranak ni je yang keluar. |
Harus kekenyangan yang amat sebab yang lain tak muncul. |
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Bila dah sampai Sepilok, rugi lak rasanya kalau tak singgah kat Labuk Bay ni sekali. Perasan tak ada spesis monyet yang hidung panjang tu...haa itulah monyet proboscis namanya. Memang banyak bilangan monyet tu kat sini. Kemain suka abang & adik tengok monyet ni bergayut kat pokok pastu ramai-ramai mengadap pisang. Kat sini pun of courselah ada feeding time nye. Kalau tak monyet-monyet tu takdela nak keluar. Nasib baik masa kitorang sampai ngam-ngam timing dia.
Gambar dari kejauhan. Tak nampak muka proboscis ? |
Close up sikit lagi. Masih tak nampak ? |
Tu dia aihh...kemain besor lagi idung. Yang ni kitorang bagi gelaran "King of Proboscis". |
Ada gak monyet yang dibiar bebas naik ke platform pengunjung. Takut jugak nak dekat sebab monyet-monyet ni bukan jinak pun. Bila berjalan mata kena selalu pandang bawah kot-kot terpijak pulak bahan-bahan buangan kat lantai nanti.
Ni bukan proboscis. Tapi agak menakutkan muka dia. |
Good bye Labuk Bay. Good bye proboscis monkey. |
Sandakan Crocodile Farm
Rasanya takde nak cite banyak pasal tempat ni sebab tak banyak beza pun dengan Tuaran Crocodile Farm yang kitorang pegi dulu. Pertunjukan buaya kat sini pun sama je macam kat Tuaran. Cuma buaya kat Sandakan lagi besar dan ganas. Asyik la nak terkam orang yang buat show tu...ish ish.
Haiwan-haiwan lain pun ada banyak tapi kitorang tak pegi tengok pun. Just tengok buaya je tu pun sebab tempat buaya kat depan-depan. Dah penat satu hal...lagipun dah tak excited sangat nak tengok sebab benda yang sama je kan.
So sekejap jela menyinggah kat sini. Pastu terus angkat kaki dan balik ke pusat bandar nak cari tempat makan lak.
Dah abis makan terus bertolak ke airport Sandakan untuk berangkat pulang ke KK. Penat giler tapi yang penting happy dapat menghabiskan masa dengan famili.
End of Part 2.